top of page

Ziarah Kasih Wanita KEADILAN Sabah eratkan hubungan kemasyarakatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 8
  • 1 min read

Ketua Wanita KEADILAN Sabah, Datin Rufinan (kiri) memberi sumbangan kepada golongan memerlukan
Ketua Wanita KEADILAN Sabah, Datin Rufinan (kiri) memberi sumbangan kepada golongan memerlukan

Oleh: Akmal Manaf


Cakna dengan nasib dan kesejahteraan masyarakat, Wanita dan Srikandi KEADILAN Sabah telah melaksanakan program Ziarah Kasih di Kampung Kurnia Jaya, Tawau pada 4 Julai lalu.


Menerusi satu kenyataan, sayap wanita itu memaklumkan, program berkenaan diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.


Selain itu katanya, program tersebut turut membawa mesej sokongan moral dan emosi khususnya kepada golongan wanita dan warga emas agar mereka tidak merasa terpinggir dan terus bersemangat menjalani kehidupan.


''Melalui program seperti ini, Wanita dan Srikandi KEADILAN berhasrat untuk terus memperkukuhkan peranan masyarakat yang penyayang, inklusif dan prihatin.


''Kami juga mahu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi dan menyantuni warga emas dan memperkasakan wanita di semua peringkat,'' kata mereka dalam kenyataan itu.


Program tersebut diketuai Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat merangkap Ketua Wanita KEADILAN Sabah, Datin Rufinah Pengeran yang turut disertai Exco Wanita KEADILAN Pusat, Junaidah Makku dan Norfinnie Mohd Yassin.


Turut sama hadir memeriahkan program adalah Ketua Wanita KEADILAN Cabang Tawau, Syaria; Ketua Srikandi KEADILAN Sabah, Estherolevia Jeninis; Ketua Srikandi KEADILAN Cabang Tawau, Mas Ayla Abd Sara dan barisan kepimpinan Wanita Cabang Tawau.


Sebagai simbolik kasih dan keprihatinan, Rufinah turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima di kampung berkenaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page