Ziarah Kasih parlimen Ampang: Otai Reformis terima sumbangan, penghargaan
- Redzuan Shamsudin

- 3 hours ago
- 1 min read

Jasa dan pengorbanan Otai Reformis terus dikenang apabila Siti Zaleha Kauzi disantuni dalam Program Ziarah Kasih Otai Reformasi yang diadakan di kediamannya, di Ampang.
Program tersebut dihadiri Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.
Turut hadir Ketua KEADILAN Cabang Ampang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya serta Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 14, Mohd Ifwat Amir Hamirudin.
Dalam program tersebut, Tengku Zafrul menyampaikan sumbangan kerusi roda elektrik kepada Siti Zaleha yang kini berdepan kesukaran berjalan selepas menjalani rawatan kemoterapi.
Sementara itu, Altimet turut menyampaikan sijil penghargaan sebagai tanda taat setia dan pengorbanan beliau kepada perjuangan parti.

Siti Zaleha merupakan mantan Ketua Wanita KEADILAN Pandan pertama dan kedua, selain pernah berkhidmat membantu di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang ketika era kepimpinan Zuraida Kamaruddin.
Menurut kenyataan, program ziarah tersebut bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan, malah sebagai tanda penghargaan kepada tokoh lama parti yang banyak berjasa dalam perjuangan reformasi.
Siti Zaleha yang kini menghidap kanser ovari tahap 1C dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan terus menunjukkan semangat tinggi dalam menghadapi ujian kesihatan.




Comments