Ziarah Kasih MADANI KEADILAN Kuantan sumbang bakul makanan, wang tunai
- Suara Keadilan
- 4 minutes ago
- 1 min read

Keprihatinan terhadap golongan memerlukan diteruskan menerusi program Ziarah Kasih Madani anjuran KEADILAN Kuantan yang menyantuni warga miskin di sekitar DUN Teruntum, Parlimen Kuantan baru-baru ini.
Program berkala setiap bulan ini diketuai oleh Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi bersama Naib Ketua Keadilan Kuantan, Jeff Lee Chee Mun. Mereka turun padang ke beberapa kediaman keluarga asnaf untuk mendengar sendiri permasalahan dan menyampaikan bantuan.
Bagi meringankan beban sara hidup, bakul makanan Madani berisi barangan keperluan asas serta sumbangan tunai disampaikan terus kepada ketua-ketua keluarga berkenaan.
Fakhrul Anuar Zulkawi menegaskan Ziarah Kasih Madani adalah komitmen berterusan KEADILAN Kuantan untuk memastikan tiada siapa yang tercicir.
"Kami bukan datang sekadar hulur bantuan, tapi untuk dengar, fahami dan salurkan suara mereka kepada saluran yang sewajarnya. Itu semangat Malaysia Madani," katanya.
Jeff Lee Chee Mun pula menambah, kerjasama erat antara Cabang dan Ranting penting bagi memastikan bantuan sampai tepat kepada sasaran.
"Pimpinan ranting paling mengenali keadaan sebenar penduduk. Itu yang membezakan Ziarah Kasih Madani setiap bulan," ujarnya.
Turut serta menjayakan program tersebut ialah pimpinan ranting setempat Albert Tan Siew Khong, Ketua Ranting Seri Kuantan Madani; Suresh Subramaniam, Ketua Ranting Cenderawasih Madani; dan Nicholas De Soosa, Ketua Ranting Kubang Buaya Madani.
