top of page

Ziarah Kasih Madani: AMK Sipitang santuni warga Sindumin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 22
  • 1 min read

AMK Sipitang mengagih kotak makanan kepada warga Sindumin dalam Program Ziarah Kasih Madani
AMK Sipitang mengagih kotak makanan kepada warga Sindumin dalam Program Ziarah Kasih Madani

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sipitang meneruskan komitmen terhadap agenda kebajikan dan kemasyarakatan menerusi Program Ziarah Kasih Madani yang diadakan di Sindumin, baru-baru ini.


Program itu menyasarkan golongan istimewa, balu serta warga emas dan disusuli dengan penyerahan 50 bakul ihsan bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan.


Ketua AMK Sipitang, Ian Brian, menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata, sumbangan yang diberikan diharap dapat membawa sedikit kegembiraan kepada penerima, selain menyemai nilai kasih dan kepedulian dalam masyarakat.


"Sindumin sentiasa dekat di hati saya. Di sinilah saya membesar, menimba ilmu dan mengenal erti kehidupan selama hampir 18 tahun.


"Program ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi menyuburkan nilai kasih, hormat dan tanggungjawab sosial seiring usaha memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan insan di bawah aspirasi Kerajaan Madani," katanya.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Daerah Mengundi (DM) Sindumin, Roslan Ariff serta pasukan yang turun padang menjayakan program tersebut.


Kerjasama erat itu katanya, mencerminkan semangat kebersamaan dan perpaduan yang menjadi teras perjuangan Kerajaan Perpaduan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page