top of page

Ziarah Kasih KEADILAN bersama Datuk Bandar MBSJ



Oleh: Abdullah Zaid


Prihatin dengan golongan yang memerlukan, Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Danish Hairudin (gambar, berbaju putih) baru-baru ini turun menziarahi beberapa keluarga untuk memberikan sumbangan bantuan.


Menurut perkongsian di laman Facebooknya, Danish yang juga Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ditemani Datuk Bandar MBSJ, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim (kanan sekali) dalam program berkenaan.


Program itu antara lain bagi melakukan aktiviti ziarah kasih melibatkan 15 buah keluarga yang kurang bernasib baik dan memerlukan sokongan.


"Program ini dijalankan di Pusat Khidmat Ahli Majlis Zon 14 dan beberapa buah rumah penerima di sekitar Puchong.


"Selain daripada pemberian sumbangan dan ziarah kasih, saya juga sempat memberikan taklimat ringkas kepada YBhg Datuk Bandar berkenaan pembangunan kawasan sekitar yang boleh ditambah baik pada masa akan datang


"Terima kasih kepada Datuk Bandar (Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim) kerana sudi meluangkan masa bersama dengan komuniti Puchong," katanya dalam satu kenyataan.


Danish yang aktif sebagai Ahli Majlis MBSJ sebelum ini telah berkongsi 'Kad Laporan' beliau sepanjang tahun 2023 dengan menyenaraikan 51 program peringkat zon (MPP), 13 program pangsapuri angkat, 3 karnival MPP 14, projek kecil dengan peruntukan RM74,000 dan 21 program sumbangan kemasyarakatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page