top of page

Ziarah kasih DUN Gurun bantu pesakit osteoarthritis



Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari baru baru ini melakukan ziarah kasih ke atas K Amurthavalle, 44, dari Taman Seri Jerai, Gurun.


Menurut Firdaus, Amurthavalle menderita sakit osteoarthritis iaitu sakit sendi di kedua dua lutut akibat kurang cairan.


"Saya bersama pasukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Gurun disertai oleh KEADILAN Cabang Jerai yang diketuai oleh Saudara Poobalan telah bertemu serta melawat dan bertanya khabar mengenai Puan K Amurthvalle di Hospital Yan.


"Ini adalah pertemuan susulan setelah pihak mengunjungi di kediaman beliau sebelum ini," katanya.


Tambahnya, Amurthvalle yang ditemani suaminya hadir ke hospital terbabit bagi prosedur rawatan iaitu pembedahan suntikan cecair di bahagian lutut.


Namun atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, prosedur tersebut terpaksa ditangguhkan oleh pihak hospital dan rawatan susulan biasa diberikan kepadanya.


"Dalam pertemuan itu juga, saya sempat menitipkan kata-kata semangat serta doa buat K Amurthavalle supaya terus kuat untuk melawan penyakit tersebut.


"InsyaAllah, bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan buat beliau akan diusahakan dan diserahkan setelah prosedur pembedahan ditentukan tarikhnya," katanya lagi.


Untuk rekod, Firdaus Johari mengambil alih tempat bapanya Datuk Johari Abdul yang meletak jawatan sebagai ADUN Gurun bagi memberi laluan lantikan beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat pada Disember 2022 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page