top of page

Zamri Yusuf dipilih Ketua Pembangkang DUN Kedah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 14, 2023
  • 1 min read


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf diumumkan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang baharu berkuat kuasa 1 Feb lalu.


Perkara itu diumumkan Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat pada Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman semalam.


Pelantikan Zamri yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN Alor Setar itu bagi mengantikan Datuk Johari Abdul yang mengumumkan pengosongan serta merta kerusi DUN Gurun pada 18 Disember lalu.


Hal itu selepas beliau dicalonkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu.


Sementara itu, pada persidangan DUN Kedah semalam Juhari turut memaklumkan status kerusi DUN Gurun yang akan dikosongkan sehingga penggal ini berakhir tidak lama lagi.


Beliau turut mengumumkan bahawa bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah yang juga ADUN Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang sebelum ini dipecat partinya kini menjadi merupakan ADUN Pakatan Harapan (HARAPAN) mewakili KEADILAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page