top of page

'Zaman pembangkang sudah berakhir' - Adam Adli



Oleh: Abdullah Zaid


"Ini bukan lagi zaman untuk kita membangkang semata-mata, sebaliknya ini zaman untuk jadi pelaksana. Ini juga bukan zaman untuk mencapai kemenangan sebaliknya ini adalah zaman untuk kita mengisi kemenangan," tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd Halim.


Adam berkata demikian dalam ucapan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.


Jelasnya, selain memperkasakan AMK, Adam juga menggesa segala perbincangan dapat dilaksanakan oleh sayap pemuda itu dalam suasana yang membina.


Katanya, andai tekad itu tidak dizahirkan dibimbangi akan memberi kesan buruk terhadap jentera parti itu.


"AMK perlu memastikan segala gerak kerja tidak tinggal hanya sebagai buah fikiran dan omong-omongan, hebat dirancang namun longlai pada pelaksanaan.


"Oleh sebab itu, AMK perlu kekal dan pastikan kita mampu terus bergerak bagi mengisi kemenangan yang diamanahkan kepada kita hari ini," ujarnya.


Seramai 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati dikatakan membanjiri Kongres Nasional KEADILAN yang bertemakan 'Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berlangsung hari ini dan esok.


Kongres ulung itu akan disusuli dengan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Nasional Wanita pada 10 pagi ini.


Seterusnya, ucapan dasar oleh Presiden KEADILAN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan bermula pada 9 malam nanti.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page