top of page

Zaman berubah, cabaran baharu menanti KEADILAN - Rafizi



Setelah 25 tahun usia Parti Keadilan Rakyat, cabaran yang dihadapi KEADILAN pada 2023 tidak sama dengan situasi ketika mula mula ditubuhkan pada 1999 lalu.


Hal itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dalam ucapan perasmian Kongres Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di PICC, Putrajaya, pagi ini.


Beliau mengimbau penglibatan sebagai satu satunya Timbalan Presiden yang naik dari sayap Pemuda KEADILAN pada waktu itu.


Katanya, beliau menyebut hal itu kerana tidak mahu parti hilang perspektif pada ketika telah memerintah negara dan bukan lagi mengharungi perjuangan jalanan sebagaimana mula mula ditubuhkan dua dekad lalu.


"Saya sebut ini supaya kita jangan hilang perspektif dan konteks. Memang resam mana mana organisasi bahawa keadaan berubah dari satu zaman ke satu zaman.


"Untuk kita perubahan itu ke arah lebih baik, lebih selesa daripada pembangkang di jalanan. Kemudian menjadi kerajaan di beberapa negeri, kemudian jadi kerajaan pusat.


"Kita ada pimpinan kanan yang perlukan pengisian generasi muda, generasi milenium dan Gen Z. Cabarannya sangat berbeza dengan cabaran saya berada di umur saudara saudari," katanya.


Berbanding hari ini, kata rafizi, untuk mendapatkan tenaga sukarelawan anak muda ketika waktu awal perjuangan begitu mudah. Banyak pemuda ketika itu, katanya, menganggap pemecatan dan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tragedi yang boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja sekiranya sistem pemerintahan tidak diubah.


"Sokongan anak muda ketika itu hampir 100% kepada KEADILAN. Begitu mudah kita dapatkan sukarelawan. Malah itulah pengalaman awal saya, begitulah saya terjebak dengan parti.


"Segolongan besar pemuda melihat perkara berlaku kepada TPM Anwar dan boleh berlaku kepada kami semua.


"Kalau kami tidak boleh mengubah keadaan, paling kurang kami menyumbang sedikit," katanya.


Oleh itu, Rafizi mengharapkan sayap AMK dan Wanita KEADILAN waktu ini menyesuaikan diri dengan cabaran semasa kerana keadaan telah berubah dan KEADILAN sebagai parti memerintah tidak lagi sama.


Juga kehendak generasi hari ini, katanya, yang jauh berbeza daripada 25 tahun lalu dalam keadaan perubahan teknologi sebaran massa yang amat canggih.


"Cabaran saudara saudari berbeza kerana saudara saudari menundang amanah ini dari peringkat cabang sampai pusat dalam keadaan kemahuan rakyat melihat satu kerajaan dan masyarakat yang berteraskan keadilan sosial. Tidak ada lagi korupsi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page