top of page

Zaliha yakin naik taraf 436 klinik daif selesai tahun ini



Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa optimis kementeriannya dapat menyelesaikan semua projek naik taraf 436 klinik daif di seluruh negara penghujung tahun ini.


Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Klinik Kesihatan Bandar Perda di Bukit Mertajam semalam, Dr Zaliha menjelaskan projek naik taraf membabitkan peruntukan RM100 juta telah bermula dan sebahagian daripadanya sudah disiapkan.


"Untuk tahun ini, 436 klinik ini dikenal pasti untuk dinaik taraf dan KKM akan memastikan semua projek ini disiapkan dalam tahun ini seterusnya memberikan keyakinan kepada Perdana Menteri untuk meluluskan peruntukan untuk tujuan yang sama pada tahun hadapan.

"Kalau ada penjimatan daripada projek-projek yang telah dikenal pasti ini, pihak KKM akan menambah beberapa lagi klinik daif untuk dinaik taraf," katanya.


Terdahulu pada perasmian Klinik Kesihatan Bandar Perda itu, Dr Zaliha mengumumkan peruntukan tambahan RM150,000 bagi kerja-kerja naik taraf dan pembaikan serta pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan.


Sementara itu jelasnya, Kementerian Kesihatan komited melaksanakan amanah bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur fasiliti kesihatan di seluruh negara.


Pembangunan kemudahan dan infrastruktur kesihatan jelasnya adalah agenda yang perlu diberi perhatian kerana keperluan dan kehendak masyarakat terutamanya permintaan kepada akses kesihatan yang lebih baik sentiasa meningkat setiap masa.


"Di Pulau Pinang, selain daripada projek Klinik Kesihatan Bandar Perda yang berada di dalam Daerah Seberang Perai Tengah ini, KKM dan Jabatan Kerja Raya sedang giat menyiapkan dua lagi klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Air Putih di dalam Daerah Barat Daya dan Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara di dalam Daerah Seberang Perai Selatan yang masing-masing menelan belanja sebanyak RM30 juta.


"Selain itu, kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2023 juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi membina Klinik Kesihatan dan Kuarters Integrasi Mak Mandin di dalam Daerah Seberang Perai Utara," tambahnya.


Sementara itu jelasnya, usaha tersebut akan dapat mempertingkatkan perkhidmatan di peringkat penjagaan kesihatan asas dan seterusnya membantu mengurangkan kesesakan di hospital-hospital kerana rawatan awal dan ringan dapat dibuat di klinik-klinik kesihatan.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page