top of page

Zahid tidak faham formula, Lembaga Unggas tidak akan selesai krisis bekalan ayam



Kritikan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bahawa rakyat tidak memerlukan “raja formula” sebaliknya penyelesaian konkrit menangani kos sara hidup dan sekuriti makanan negara dijawab oleh Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.


Menurut Rafizi, Ahli Parlimen Bagan Datuk itulah sebenarnya yang tidak faham formula kerana Umno terkenal kekurangan individu berfikiran kritis dan hanya mampu mengutarakan idea menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Negara bagi menangani krisis bekalan ayam di pasaran.


"Setiap kali saya bersuara, satu-satunya jawapan yang datang dari pimpinan Umno kononnya saya hanya tahu membentangkan formula-formula. Mereka memberi contoh bagaimana formula-formula ini tidak dapat dilaksanakan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan.


"Inilah satu-satunya sudut jawapan yang dibawa oleh Presiden Umno, Zahid Hamidi semalam dalam menjawab kritikan saya terhadap cadangan Lembaga Unggas Negara yang dibawa Umno," kata Rafizi dalam kenyataannya.


Calon Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, sejak bertahun lalu setiap kali beliau menerbitkan formulanya maka berbelas belas pemimpin Umno akan menyerang kerana takut formula itu akan berjaya dilaksanakan.


"Lebih banyak mereka cuba memperlekehkan idea saya, lebih jelas ketakutan mereka.


"Pimpinan Umno lupa bahawa sedang mereka cuba memperlekehkan idea saya, rakyat sebenarnya tahu formula penetapan harga petrol dan diesel yang digunakan oleh tiga kerajaan berturut-turut dari PH, PN dan sekarang Kerajaan Keluarga 69 diperjuangkan oleh saya sejak 2013 semasa Najib Razak gigih menghapuskan subsidi.


"Dalam mereka mengatakan formula saya tidak dapat dilaksanakan, formula itu juga yang dipakai oleh Perdana Menteri dari Umno sendiri," sinisnya.


Bagaimanapun, kata Rafizi, rakyat memerhati dan faham formula bermula dari idea. Formula yang dilaksanakan dengan baik akan menghasilkan penyelesaian.


Hanya pemimpin Umno katanya yang tiada idea, formula, apatah lagi jalan penyelesaian.


"Sebab itu, kenyataan Zahid Hamidi tidak sedikit pun dapat menjawab asas bantahan saya kepada penubuhan lebih banyak lembaga yang menambah birokrasi serta membazirkan wang rakyat.


"Kenyataan itu juga bercanggah dengan kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang baru dilantik, Isham Jalil yang berkata kerajaan pimpinan Umno sekarang sudah pun melaksanakan dasar stok penimbal (sebagaimana idea Rafizi) dengan mengimport ayam sejak beberapa minggu lepas.


"Presiden Umno mengatakan idea saya hanyalah formula yang tidak boleh dilaksanakan, tetapi orang kanannya yang baru serta mungkin paling bijak dalam parti pula menyebut idea itu telah pun dipakai oleh Umno.


"Jadi yang mana satu: idea saya untuk membina stok penimbal tidak boleh dilaksanakan, atau Umno lebih dahulu memikirkan idea stok penimbal ini?" katanya.


Tegas mantan Ahli Parlimen Pandan itu, formula untuk membina stok penimbal bagi bahan-bahan keperluan asas negara seperti petrol, diesel, minyak masak, beras, tepung dan sumber protein adalah penyelesaian jangka panjang yang memberi keupayaan kepada kerajaan untuk mengimbangi gangguan bekalan penyebab harga naik mendadak.


Hal itu katanya satu mekanisme yang lebih berkesan berbanding dengan bergantung kepada pendekatan kawalan harga barang melalui harga siling semata-mata.


"Sementara ada keperluan dalam industri dan kes tertentu untuk diperkenalkan harga siling, kaedah harga siling semata-mata tidak berjaya menyelesaikan masalah dalam keadaan gangguan bekalan yang mendadak.


"Melalui mekanisme stok penimbal, kerajaan berupaya meredakan gangguan bekalan dengan melepaskan stok itu untuk memenuhi permintaan, sementara usaha menyelesaikan gangguan bekalan dijalankan.


"Ia sama seperti mempunyai set penjana generator untuk membekalkan elektrik ketika berlaku gangguan sementara menunggu bekalan dipulihkan," ujarnya.


Rafizi bertekad akan terus membekalkan pencerahan minda kepada rakyat Malaysia dengan formula formula terbaharu pada setiap minggu bagi ditelaah dan diyakini.


"Saya akan terus mengutarakan formula-formula untuk dipertimbangkan rakyat setiap dua ke tiga hari untuk membawa kembali persaingan politik Malaysia kepada persaingan idea.


"Saya nasihatkan Zahid Hamidi dan Umno mencari jawapan lain untuk berdepan dengan saya kerana jawapan “Umno ada penyelesaian bukan formula” ini telah ditolak rakyat dalam PRU14 yang lepas," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page