top of page

Zahid selesai dulu kes Yayasan Akalbudi sebelum intai kerusi PM 11 - AMK

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
12 minutes ago
1 min read
Danish Hairuddin. Gambar arkib
Danish Hairuddin. Gambar arkib

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disaran menyelesaikan dahulu isu integriti membabitkan kes Yayasan Akalbudi sebelum bercita-cita menjadi Perdana Menteri ke-11.


Langkah tersebut penting bagi memastikan bakal pemimpin yang akan menerajui negara mendapat keyakinan penuh rakyat, tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Danish Hairuddin.


"Walaupun setiap parti berhak menentukan calon Perdana Menteri, faktor integriti tidak boleh diketepikan kerana keputusan akhir tetap berada di tangan rakyat.


"Sesiapa sahaja yang bercita-cita memimpin negara perlu memahami jawatan Perdana Menteri bukan sekadar soal mempunyai sokongan politik. Ia turut membawa persoalan integriti, keyakinan rakyat dan imej Malaysia di mata dunia," katanya.


Saranan itu menyusul selepas kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan ucapan Zahid pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 baru-baru ini seolah-olah bayangan seorang “prime minister in waiting”.


Sementara itu tambahnya, Zahid masih dibelenggu proses perundangan berkaitan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) dalam 47 kes berkaitan Yayasan Akalbudi.


Malah, Mahkamah Persekutuan pada 8 Oktober ini dijadualkan mendengar permohonan Zahid dan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu dalam prosiding berkaitan cabaran Badan Peguam Malaysia terhadap keputusan berkenaan.


"Saya tidak mahu mendahului mahkamah dan kita mesti menghormati proses undang-undang.


"Tetapi jika Zahid ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, saya fikir adalah lebih baik segala persoalan yang masih membayangi integriti seorang pemimpin diselesaikan terlebih dahulu melalui saluran undang-undang," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page