Zahid Hamidi pilih sensasi, Anwar pilih diplomasi


Meskipun di Dewan Merdeka dan media sosial riuh dengan ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyindir keras Perdana Menteri dengan panggilan 'guru', tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) terlihat tidak sedikit pun terganggu jiwanya.
Malah, melalui media sosialnya PMX secara diplomasi membalas dengan memanggil dirinya sendiri sebagai guru.
"Alhamdulillah guru selamat tiba di New Delhi, India untuk membawa nama negara di pentas dunia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Brics ke-18.
"Doakan misi diplomasi negara ini mencapai matlamatnya. Semoga anak didik dapat belajar dari guru cara diplomasi Madani diterjemahkan. Slayyy," katanya dalam hantaran di media sosial tersebut.
Slay ialah slanga internet yang bermaksud melakukan sesuatu dengan sangat hebat, berjaya atau kelihatan bergaya.
Respon santai Anwar itu memberi gambaran beliau kekal tenang dalam mentadbir negara dan membawa misi Malaysia ke persada dunia di sebalik perlekehan terbuka yang dilakukan oleh timbalannya sendiri.
Tugas lebih penting
Bagi Anwar, beliau ada tugas yang lebih penting untuk dilaksanakan demi negara berbanding membalas sindiran Zahid terhadapnya.
Kalau mahu dikira, sebagai Perdana Menteri, Anwar boleh saja memecat Zahid Hamidi atas tindakannya yang boleh dianggap biadap dan tidak beradab itu.
Namun, secara diplomasi juga Anwar memberi pesan kepada Zahid tentang diplomasi melalui kata-kata - semoga anak didik dapat belajar dari guru cara diplomasi Madani diterjemahkan.
Hakikatnya, itulah beza Anwar dan Zahid yang wajar dinilai oleh rakyat seluruh negara.
PMX Guru yang terus mendunia - mengharumkan nama Malaysia ke pentas antarabangsa.




Comments