top of page

Yayasan Selangor - CIMA kerjasama tingkatkan kemahiran pelajar di bidang akauntan



Yayasan Selangor akan memulakan program baharu kemahiran akauntan dalam kalangan pelajarnya dengan kerjasama badan persijilan akauntan profesional, Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mempengerusikan Mesyuarat Agung

Tahunan Yayasan Selangor Tahun 2022, semalam.


Menurut MB, program perintis tersebut dilaksanakan kepada 22 pelajar di sekolah Yayasan Selangor di Kelang.


"Ini adalah pertama kali kerjasama dengan CIMA. Manfaatnya kalau pelajar habis belajar tingkatan 5, dapat sijil dari CIMA. Sijil ini melayakkan mereka untuk menyambung diploma dan menjadi seorang akauntan bertauliah yang disusun dan dibentuk sejak dari sekolah. Malah pelajar ini sampai tingakatan 5 sahaja layak untuk mereka jadi kerani akaun.


"Kita kenalpasti 22 orang di Kelang dan akan dilaksanakan selama 2 tahun. Kalau kaedah baik dan memberikan lonjakan kepada pendidikan kita, kita akan panjangkan lagi," katanya dalam majlis di Rung Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


Selain itu, Amirudin juga mengumumkan Yayasan Selangor menerima tajaan UOB Islamic Asset Management Sendirian Berhad (UOBIAM) berjumlah RM200,000 melalui penyucian dan saham "United i-Global Balanced Fund".


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page