top of page

Yayasan MBI hulur 400 set bantuan kepada calon SPM di Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Yayasan MBI menyediakan 400 set kelengkapan pembelajaran kepada calon SPM
Yayasan MBI menyediakan 400 set kelengkapan pembelajaran kepada calon SPM

Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyediakan 400 set kelengkapan pembelajaran kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir.


Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata, setiap set bantuan merangkumi alat tulis, kalkulator saintifik dan peranti data mudah alih Internet Selangor bagi memudahkan pelajar menjawab peperiksaan dengan lebih baik.


"Sebagaimana arahan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari sumbangan dengan kos keseluruhan sekitar RM50,000 diberikan khusus kepada pelajar terjejas banjir.


"Hari ini kita serahkan kepada 200 penerima, manakala baki akan disediakan bagi pelajar lain yang memerlukan pada masa akan datang," katanya dipetik selepas menyerahkan bantuan berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Seksyen 4, Shah Alam baru baru ini.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Selasa mengumumkan langkah proaktif dengan menyediakan pengangkutan khas bagi memastikan calon SPM yang berada di pusat pemindahan sementara dapat menghadiri sekolah dan pusat peperiksaan dengan selamat.


Setakat malam tadi, seramai 3,125 orang daripada 838 keluarga telah dipindahkan ke 21 PPS membabitkan lima daerah di negeri itu iaitu Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page