top of page

Yayasan ceburi perniagaan, tingkat kewangan penuhi tuntutan Kerajaan Madani



Yayasan wajar menceburkan diri dalam perniagaan untuk mendapatkan lebih banyak kewangan bagi memenuhi tuntutan ihsan menjana bantuan kepada golongan memerlukan pada era Kerajaan Madani.


Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) petang tadi di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya.


"Oleh itu saya gesa yayasan supaya mengambil sikap lebih terbuka untuk mengambil penyertaan di luar sana yang mahu berikan pemikiran untuk mengambil pendekatan memberikan pulangan (kewangan) lebih baik.


"Saya dari segi pengalaman melihat universiti utama seperti Georgetown University yang saya pernah mengajar, unit pelaburan (perniagaan) dia itu, wakil universiti ada tetapi yang lain diambil bakat alumni universiti yang sangat berjaya dalam bidang perniagaan. Oleh itu tabung amanah mereka mencecah RM32 bilion. Kalau Havard (universiti) RM40 bilion," katanya.


Selian itu, Anwar turut berkata agar alumni dilatih mengenang jasa dan hal itu kurang diamalkan di dunia Islam.


Juga, katanya, peniaga perlu menunjukkan sikap lebih membantu golongan masih ketinggalan setelah mereka berjaya, antaranya dengan menderma kepada yayasan.


"Budaya memahami bahawa hidup dalam perniagaan itu berdasarkan budaya insaniah, ihsan dan akhlak perlu menjadi tunggak dalam pendekatan Madani.


"Iaitu sementara kita mahu memacu pertumbuhan, gedung rasaksa, peniaga berjaya dan kita harus mendukung mereka kerana kejayaan perniagaan itu yang akan menyebabkan peluang pekerjaan bertambah. Tetapi kita juga harus menggesa mereka mengambil tahu nasib pekerja, nasib setinggan atau kelompok miskin.


"Sebab itu saya ucap terima kasih kepada penderma (Yayasan Wilayah) untuk menjalankan kerja amal ini selari konsep Madani," katanya.


Dalam pada itu, Anwar mencadangkan agar Yayasan Wilayah Persekutuan pada masa hadapan memberi laporan kewangan kepada penyumbang derma agar penderma tahu dana yang disumbangkan itu digunakan untuk apa.


"Berbeza dari dahulu Yayasan Wilayah Persekutuan akan memulakan satu tradisi baru. Siapa yang menderma akan mendapat laporan daripada pengurusan wang yang diderma itu, diguna untuk apa. Ini penting dan saya harap ini diikuti oleh badan amal dan yayasan yang lain.


"Saya mahu dalam tempoh yang singkat yayasan ini jangan cerita masalah lalu, kita ada kaedah yang telus, kita beri laporan kepada penyumbang," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page