top of page

Yayasan Aman Kedah hulur bantuan kepada aktivis KEADILAN

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 22, 2024
  • 1 min read


Kurang 48 jam setelah pendedahan NGO Suara Madani berkenaan kesusahan hidup aktivis KEADILAN Kedah, Afnizam Md Zuki (gambar, kiri sekali) atau Bob, 48, yang menderita penyakit buah pinggang, Yayasan Aman Kedah tampil menghulurkan bantuan.


Menurut kenyataan Suara Madani, Pengerusi dan Pemegang Amanah Yayasan tersebut, Saiful Izham Ramli (dua dari kanan) telah menziarahi mantan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional itu di kediamannya di Kampung Titi Mandi Lembu, Jalan Kuala Ketil.


"Saudara Saiful Izham turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Aman Kedah pada Bob dan keluarga bagi meringankan beban yang ditanggung," kata kenyataan itu.


Suara Madani difahamkan pihak Yayasan Aman Kedah akan cuba membantu Bob dan keluarga sedaya mungkin bagi memastikan kehidupan mereka lebih baik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page