top of page

Yawas tawar kursus asuhan percuma untuk pengasuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 19, 2024
  • 1 min read


Golongan pengasuh kanak-kanak dari rumah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dipelawa menyertai Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak.


Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan penyertaan kursus asas asuhan kanak-kanak selama dua hari bermula 29 Jun ini terhad kepada 50 pengasuh dan ia akan dilaksana secara percuma.


"Insiatif bawah program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Impak) Selangor itu turut menawarkan geran bernilai RM2,000 kepada pengasuh terpilih.


"Jika anda pengasuh di rumah, berusia 18 tahun ke atas, pengundi Selangor dan tidak pernah menghadiri kursus pengasuhan mana-mana jabatan sertailah program ini," katanya menerusi Facebook.


Sebelum ini Pengurus Besar Yawas, Gan Pei Nei menyasarkan 1,000 pengasuh dari rumah disasar menerima latihan di bawah program Impak Selangor yang menumpu kepada ilmu dan kemahiran berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebersihan.


Antara modul kursus ditawarkan melalui kursus itu termasuk perundangan, asas perniagaan, pengurusan dan penjagaan bayi serta pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.


Selain itu turut didedahkan adalah amalan pemakanan sihat dan seimbang, pengurusan keselamatan dan asas pertolongan cemas serta pengurusan krisis dan keselamatan siber.


Justeru bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi borang pendaftaran menerusi pautan https://bit.ly/daftarKIPK.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page