top of page

YANIS perkukuh usaha Selangor bantu golongan OKU - Anfaal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 24 minutes ago
  • 1 min read

ree

Penubuhan Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) dijangka akan melonjakkan agenda kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri itu.


Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari (gambar) berkata, menerusi YANIS bantuan akan disalurkan secara lebih menyeluruh, merangkumi intervensi untuk kanak-kanak istimewa seperti autism dan ADHD, malah meliputi OKU fizikal.


"Selain itu ruang untuk penajaan dan sumbangan kepada golongan OKU akan semakin meluas.


"Manakala program sedia ada dapat diteruskan, malah bantuan dapat meliputi golongan yang memerlukan peralatan, latihan dan sokongan hidup berdikari," katanya dipetik.


Anfaal yang juga ADUN Taman Templer berkata begitu pada majlis pelancaran YANIS yang disempurnakan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin baru-baru ini.


YANIS merupakan anak syarikat Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) yang ditubuhkan bagi melindungi kebajikan orang kurang upaya (OKU) tanpa mengira had umur di negeri ini.


Yayasan itu menjadi pelaksana utama dalam memperkukuh pembangunan OKU secara holistik melalui program pendidikan, latihan, pemberdayaan, meningkatkan kebolehupayaan berdikari dan peluang pekerjaan.


Selain itu YANIS turut berperanan memperluas aksesibiliti inklusif, menggalakkan kerjasama komuniti, dan menjadi perintis amalan terbaik pengurusan intervensi.


Sementara itu Anfaal pada acara itu memaklumkan, proses permohonan bantuan khas yang dilaksanakan sejak 2020 akan diteruskan setiap tahun pada bulan Mac, dengan dana baharu dijangka meningkatkan jumlah penerima manfaat.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page