top of page

Yang tentukan majoriti adalah Agong, bukan PM


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau memutuskan orang lain tidak mempunyai majoriti.


Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, perkara itu sepatutnya diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong, bukannya Perdana Menteri.


"Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Perdana Menteri hilang sokongan kena letak jawatan, tak dihirau bahkan diinjak-injak oleh Perdana Menteri.


"Bila Perdana Menteri sebut walau dirinya hilang majoriti tetapi “tiada siapa yang ada majoriti” maka dengan sebab itu dia tak perlu letak jawatan.


"Perkara menentukan majoriti milik siapa selepas Muhyiddin hilang sokongan ialah tugas Agong. Bukan tugas Muhyiddin. Dia pula nak “play King”. Awalnya derhaka sekarang dah nak “ jadi raja” pula," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page