top of page

'Yang penting solidariti kepada rakyat Palestin, bukan himpunan ikut prosedur' - Tian Chua



Naib Presdien KEADILAN, Tian Chua yang dipanggil oleh pihak polis IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur berkata, siasatan ke atas beliau dan perhimpunan al Quds bulan lalu bukan perkara utama, tetapi solidariti ke atas warga Palestin yang ditindas Zionis Israel lebih penting.


Beliau berkata demikian selepas disoal siasat selama lebih kurang setengah jam, petang semalam.


"Saya telah disoal siasat, saya maklum kepada semua, penganjur himpunan al Quds ini termasuk cikgu Azmi, Mat Sabu, Adam Adli dan beberapa aktivis lain. Mereka yang berucap akan dipanggil.


"Bagi pihak saya, saya telah menjawab semua soalan yang dikemukakan. Soalan mengenai himpunan dan penganjuran, bagaimana maklumat himpunan disebar. Juga sama ada himpunan ikut SOP Akta Kawalan Penyakit.


"Saya telah jawab soalan secara benar. Saya tegaskan isu ini bukan isu teknikal sama ada penganjur sempat memberi maklumat kepada polis ikut prosedur atau tidak. Tetapi jelas himpunan itu, pada hari al Quds yang ditetapkan antarabangsa yang menyokong perjuangan Palestin," katanya.


Menurut calon Ketua Cabang KEADILAN Batu itu, beliau akan terus menghadiri perhimpunan al Quds sebagaimana sebelum ini dan pada tahun tahun akan datang sehinggalah rakyat Palestin diberikan hak bernegara.


Katanya, rakyat Malaysia tidak perlu diikat dengan akta dalam aktiviti berhimpun dan menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.


"Saya dimaklumkan juga rakyat Palestin menghadapi pelbagai pengeboman semasa bulan Ramadan. Ini menjadi satu kitaran normal (bagi mereka). Setiap kali orang Islam menyambut bulan Ramadan, Zionis melakukan provokasi menyerang masjid al Aqsa, Gaza, konflik ini meningkat. Jadi wajib rakyat Malaysia beri sokongan kepada Palestin.


"Bukan sahaja tahun ini tetapi tahun akan datang saya akan menyertai perhimpunan ini. Saya yakin tekanan antarabangsa akan menewaskan penindasan imperialis yang di sokong Amerika Syarikat dan rejim Zionis. Rakyat Malaysia perlu terus memberi sokongan tanpa takut kepada akta yang menghalang berhimpun," katanya.


Tian Chua bersama beberapa pimpinan NGO pro Palestin dan anggota parti Amanah berhimpun di Kuala Lumpur pada Jumaat 29 April lalu, dan beliau menyampaikan ucapan di luar bangungan kedutaan besar Amerika Syarikat di Malaysia.


Mereka juga menghantar memorandum menuntut pembebasan Palestin daripada penjajahan Zionis Israel.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page