top of page

'Yang berilusi barang mahal, turun padang semak sendiri'



Oleh: Noraini Nordin


Sejak Sabtu lalu saya telah membuat tinjauan barangan keperluan ke merata bazar dan juga pusat membeli belah untuk melihat 'mood shopping' terakhir umat Islam menyambut Syawal.


Tinjauan saya juga adalah untuk melihat adakah barangan keperluan bagi hari raya tahun ini di pasaran mencukupi serta harganya murah.


Faktanya adalah barangan amat mencukupi serta tawaran harga sangat menarik, ada pelbagai diskaun serta banyak pilihan.


Saya juga 'mencuri dengar' perbualan pelanggan yang rata-rata berkongsi info berkaitan harga barangan raya - semua kelihatan ceria sambil mengakui tahun ini harga murah dan bekalan sentiasa ada.


Oleh kerana barangan keperluan mencukupi di pasaran tidak dilihat pelanggan-pelanggan kalut malah mereka membeli secara tenang sahaja.


Tidak kedengaran masalah


Apa yang menarik tetapi barangkali tidak disedari oleh ramai orang, hari raya tahun ini langsung tidak kedengaran masalah kekurangan bekalan makanan di pasaran.


Berbanding era pemerintahan PN yang mengalami kekurangan bekalan, keadaan pada 2024 terkawal

Tinjauan saya terarah kepada beras tempatan, import, ayam, telur, gula, tepung serta minyak masak.


Ayam sentiasa cukup, bahkan sejak harganya diapungkan, ia lebih rendah daripada tahun-tahun sebelumnya.


Telur, bawang, minyak masak dan lain-lain keperluan juga mencukupi malah berlambak-lambak di pasaran.


Isu kekurangan beras yang berlaku sebelum ini juga nampaknya sudah diatasi.


Jamin bekalan beras


Dalam kenyataan medianya semalam, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan beras sebagai makanan ruji negara di pasaran adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa.


KPKM berkata, pada masa ini pengedaran stok beras putih tempatan (BPT) sedang giat dijalankan dan penurunan harga beras putih import (BPI) di antara RM2 hingga RM3 turut dilaksanakan bagi menampung keperluan pengguna.


"Sehingga kini, stok fizikal beras negara sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.


"Bagi maksud keterjaminan bekalan beras negara, jumlah itu stabil serta mampu menampung keperluan untuk tempoh 5.48 bulan.


"Tambahan pula, jumlah stok fizikal beras negara berbanding jumlah penduduk adalah antara tertinggi dan terjamin di rantau ini," kata KPTM dalam kenyataan itu lagi.


Program Jualan Rahmah


Selain itu, dengan adanya Program Jualan Rahmah Aidilfitri di seluruh negara, rakyat juga berpeluang memperolehi keperluan harian pada harga lebih murah antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga biasa.


Kewangan rakyat lebih baik pada 2024 berbanding beberapa tahun lalu

Bagi kakitangan kerajaan, selain insentif awal berjumlah RM2,000 telah diperolehi pada hujung Februali lalu, kini mereka turut diberi duit raya sebanyak RM500.


Makna kata, bagi sebahagian besar keluarga yang mana sekurang-kurangnya ada seorang ahli keluarga mereka merupakan penjawat awam, wang bukanlah bebanan yang mencengkam untuk meraikan sambutan Hari Raya tahun ini.


Di samping itu, seramai 8.4 juta orang golongan B40 pula telah menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang mula dikreditkan secara berperingkat bermula 3 April lalu.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata, kerajaan telah menambah peruntukan program subsidi bersasar STR Fasa 2 sebanyak 20 peratus kepada RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas.


Sebab itu, di kompleks membeli belah, bazar Aidil Fitri dan kedai-kedai menjual keperluan hari raya sentiasa sahaja sesak hingga ke malam.


Bahkan, bazar Ramadan yang menjual juadah berbuka puasa juga sentiasa penuh setiap petang.


Rakyat gembira


Di bawah Kerajaan Madani, rakyat nampaknya lebih gembira kerana wang untuk berbelanja sentiasa ada, selain bekalan barangan sentiasa mencukupi.


Inilah kemakmuran awal di bawah Kerajaan Madani yang baru mentadbir negara kira-kira 15 bulan, mudah-mudahan tahun depan lebih melimpah-limpah lagi nikmat akan diperolehi.


Nasihat saya kepada yang masih berilusi kononnya barang mahal, bekalan habis, eloklah turun padang serta membuat tinjauan.


Janganlah menularkan berita-berita palsu yang mengelirukan pengguna.


Tirai Ramadan berlabuh. Ayuh, belum terlambat untuk menginsafi diri dan menjadi pemain media sosial yang bertanggungjawab.


Selamat hari raya Aidilfitri.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page