top of page

Yakin Malaysia negara berpendapatan tinggi dicapai 2026



Komitmen semua pihak diperlukan untuk menjayakan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2026.


Parti Keadilan Rakayat (KEADILAN) Cabang Kemaman dalam satu kenyataan berkata, cita-cita menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi telah lama dibincangkan, namun beberapa pentadbiran terdahulu gagal mencapainya.


"KEADILAN Kemaman berkeyakinan dengan pentadbiran negara sekarang yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sasaran negara berpendapatan tinggi dapat dicapai.


"Namun begitu komitmen semua pihak haruslah dipacu secara menyeluruh beserta tatakelola yang baik. Perkara ini harus menjadi keutamaan dalam mencapai sasaran," kata kenyataan itu.


Hal tersebut disuarakan susulan kenyataan Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli pada Rabu yang berkata Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi seawal 2026.


Ia sekiranya dua faktor utama iaitu kadar pertukaran mata wang asing serta pertumbuhan ekonomi tahunan kekal sekitar 4 hingga 5 peratus.


Melalui negara berpendapatan tinggi, Malaysia juga akan mampu menjadi antara pemain utama ekonomi serantau.


"Ini akan beri lebih banyak manfaat untuk rakyat dalam meningkatkan taraf hidup dan juga membasmi kemiskinan.


"Justeru KEADILAN Kemaman sentiasa menjadi pendokong utama terhadap dasar-dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat dalam mengangkat martabat insan selaras dengan apa yang digariskan dalam Malaysia Madani," tambah kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, dalam sidang medianya, Rafizi menegaskan bahawa kerajaan mahu merancang ekonomi dengan mengambil kira keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan peningkatan gaji supaya tidak hanya nampak gah pada angka semata-mata.


"Kalau ada ruang untuk pentadbiran baharu ini berkhidmat dengan lebih baik, ia dari segi perancangan ekonomi, dari segi keseimbangan supaya kita tidak terbawa-bawa semata-mata dengan angka pertumbuhan demi pertumbuhan yang diumumkan setiap tahun.


"Contohnya, pertumbuhan pada 2022 nampak tinggi, iaitu 8.7 peratus. Namun, kita juga sedar masalah inflasi perlu ditangani dan tahap gaji rakyat masih berada pada paras yang belum sampai pada peringkat yang sepatutnya," ujar Rafizi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page