top of page

Yakin keselamatan rakyat, kedaulatan negara pada tahap tertinggi - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 21
  • 1 min read

PM Anwar bersama barisan pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia di LIMA '25. Foto: FB Anwar
PM Anwar bersama barisan pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia di LIMA '25. Foto: FB Anwar

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tahap keselamatan negara berada pada tahap tertinggi selepas menyaksikan pameran Maritim LIMA’25 dan persembahan dari Tentera Laut Diraja Malaysia semalam.


Beliau berkata, amat berpuas hati dengan kecekapan pasukan keselamatan negara.


"Pada sebelah petang tadi, saya berkesempatan merasmikan segmen Maritim LIMA’25 serta menyaksikan demonstrasi ketenteraan yang mempamerkan kecekapan dan pergerakan taktikal pasukan keselamatan negara.


"Saya turut dibawa menaiki KD Perantau untuk acara Fleet Review, dan menerima penghormatan daripada setiap kapal yang mengambil bahagian dalam segmen maritim ini.


TLDM mempamerkan kekuatan unit tentera terlatih dalam operasi menangani keganasan dan lanun
TLDM mempamerkan kekuatan unit tentera terlatih dalam operasi menangani keganasan dan lanun

"Melihat sendiri tahap kesiapsiagaan, kepakaran, serta aset-aset strategik yang dimiliki oleh pasukan keselamatan kita, saya amat yakin bahawa keselamatan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi," katanya dalam muat naik di Facebook.


Tegas PM, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan angkatan pertahanan demi memastikan Malaysia berada dalam keadaan aman, berdaulat dan terpelihara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page