top of page

Yahya Sahri ingatkan PN henti mimpi tawan Selangor



Perikatan Nasional (PN) diingatkan tidak 'bermimpi di siang hari' untuk merampas kerajaan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri berkata begitu merujuk dakwaan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan bahawa Kerajaan Madani kemungkinan hilang Selangor dan Negeri Sembilan berpandukan kajian sebuah badan luar negara.


Tambah Yahya, PN sepatutnya mengambil kira kajian politik tempatan yang lebih mengetahui senario di negara ini sebelum membuat dakwaan kononnya Selangor dan Negeri Sembilan akan bertukar pentadbiran.


"Kenapa hendak menggunakan kajian dibuat badan dari luar negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan kajian dibuat universiti atau pihak tidak berkepentingan?


"Adakah PN tidak yakin dan percaya dengan badan kajian tempatan kerana kita di pihak PH berpandangan kajian dipersembahkan oleh pemikir tempatan lebih tepat dari sudut itu berbanding dengan pihak luar negara," katanya dipetik.


Takiyuddin pada Dialog Isu Semasa di Kota Bharu Trade Center (KTC) baru-baru ini memetik laporan yang didakwanya dari Singapura.


Sementara itu tegas Yahya, kajian dibuat pemikir tempatan meramalkan sebaliknya apabila Kerajaan Perpaduan di Selangor dijangka kekal untuk memerintah dan meneruskan pentadbiran di negeri ini.


"Itu baru satu kajian sahaja, sebaliknya 11 atau 12 kajian tempatan yang dibuat dalam negara menyatakan kita (PH) menang di (PRN) Selangor.


"Ini (dari Singapura) hanyalah kajian semata-mata terhadap kaji selidik dijalankan ke atas beberapa individu atau responden," jelas beliau.


Katanya, ukuran berdasarkan kajian semata-mata tidak semestinya menggambarkan keseluruhan, sebaliknya paling utama dari segi gerak kerja jentera dan kepercayaan rakyat


"Paling penting apakah rakyat memberi keyakinan kepada pemimpin atau parti politik dalam menentukan kemenangan PRN


"PN hendak buat Selangor baharu yang berteraskan macam mana, adakah hendak menggunakan model seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah?


"Saya tidak nampak model itu boleh diterima oleh rakyat Selangor yang jauh (maju) ke depan," tambahnya.

 
 

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page