top of page

YADIM, KAGAT perkasa sinergi MADANI dalam kalangan anggota tentera

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 54 minutes ago
  • 2 min read

Pengarah YADIM Kuala Lumpur dan Putrajaya, Zairudin Hashim (kiri sekali) sebagai moderator forum
Pengarah YADIM Kuala Lumpur dan Putrajaya, Zairudin Hashim (kiri sekali) sebagai moderator forum

Program Sinergi Kenegaraan MADANI anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) berjaya menghimpunkan lebih 300 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekitar Lembah Klang bagi memperkukuh kefahaman serta semangat Malaysia MADANI dalam kalangan warga pertahanan negara.


Majlis yang berlangsung di The Mines Resort, Seri Kembangan itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Datuk Dr Hasan Bahrom, yang turut diiringi oleh Ketua Pengarah KAGAT, Mejar Jeneral Datuk Rashidi Bujai, Pengarah YADIM Kuala Lumpur dan Putrajaya, Zairudin Hashim, serta barisan kepimpinan tertinggi KAGAT.


Program berkenaan menampilkan pelbagai pengisian ilmiah dan interaktif, antaranya slot “Memperkukuh Perpaduan Melalui Kesejahteraan dan Hormat” disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ahmad Saparudin Yusup, dan slot “Adab Perbezaan Pendapat” oleh Ahli Dewan Negara, Senator Dr Jufitri Joha.


Selain itu, forum bertajuk “Kenegaraan MADANI Berdasarkan Madinah Al-Munawarah” turut diadakan, menampilkan Kapten (B) Azizi Azizan, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan serta Zairudin Hashim selaku moderator.


Menurut Datuk Dr Hasan Bahrom, program ini mencerminkan komitmen berterusan YADIM dan KAGAT dalam memperkukuh nilai dakwah, kenegaraan dan jati diri MADANI dalam kalangan anggota ATM.


"Kerjasama ini menjadi platform memperkasa dakwah, kenegaraan dan jati diri MADANI, sekali gus mengukuhkan hubungan erat antara YADIM dan ATM melalui KAGAT," katanya.


Beliau turut menegaskan bahawa penganjuran program ini merupakan kesinambungan daripada siri Seminar Kenegaraan MADANI yang telah dilaksanakan sejak tahun 2023, dengan matlamat untuk memperkukuh kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam kalangan warga pertahanan.


Program ini turut memperlihatkan usaha bersepadu antara institusi agama dan pertahanan negara dalam membentuk anggota tentera yang berakhlak, patriotik dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page