top of page

Wukuf: 31,600 jemaah Malaysia mula bergerak ke Arafah tunai kemuncak ibadah haji



Seramai 31,600 jemaah Malaysia bersama kira-kira dua juta umat Islam dari seluruh dunia yang menunaikan haji tahun ini mula bergerak ke Arafah secara berperingkat sejak pukul tujuh pagi semalam untuk menunaikan ibadah wukuf yang merupakan kemuncak rukun Islam kelima itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain di Hotel Abraj Al-Janadriyah, sebanyak 20 buah bas turut disediakan untuk setiap maktab bagi membawa semua jemaah di 12 hotel penginapan secara tiga peringkat ke Arafah, yang terletak 22 kilometer dari Masjidil Haram.


"Kita harapkan agar jemaah haji sampai awal agar boleh menyelesaikan isu tempat duduk dan selepas itu boleh memulakan persediaan mereka untuk beribadah dengan melakukan zikir dan berdoa untuk mendapat pahala yang besar.


"Arafah merupakan tempat yang paling mustajab doa mereka yang sampai awal, berikan tumpuan untuk melakukan ibadah dan elak daripada melakukan perkara yang lalai untuk mengelak ia menjejaskan peluang mendapat haji yang mabrur," katanya kepada pertugas media selepas menyaksikan pelepasan jemaah haji ke Arafah di Mekah, Arab Saudi hari ini, dipetik Bernama.


Sementara itu buat pertama kalinya, pihak berkuasa Arab Saudi menampal pelekat khas pada setiap pintu bas yang telah dinaiki jemaah haji untuk mengelakkan kehadiran jemaah tanpa visa yang sah.


Mohd Na’im berkata langkah itu dilakukan selepas pihak berkuasa Arab Saudi mengimbas kad nusuk setiap jemaah haji yang menaiki bas berkenaan.


"Penguatkuasaan pihak berkuasa tahun ini sangat ketat dan telah banyak tangkapan dibuat. Ini menandakan keseriusan kerajaan Arab Saudi dalam menguatkuasakan peraturan di setiap ‘pit stop’ sebelum bas sampai di Arafah.


"Sebab itu saya ingin menasihati jemaah yang ingin menunaikan haji pada tahun-tahun akan datang supaya mengelak daripada masuk Mekah dan Madinah tanpa permit yang sah dan hanya menggunakan sama ada visa yang dikeluarkan oleh Tabung Haji atau Visa Mujamalah yang dikeluarkan oleh kedutaan," katanya.


Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menetapkan hari wukuf 9 Zulhijah jatuh pada 15 Jun iaitu Sabtu ini manakala Ahad merupakan hari pertama Hari Raya Aidiladha untuk penduduk negara berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page