top of page

Wujudkan silibus perbandingan agama dalam subjek agama Islam



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Terengganu menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan silibus perbandingan agama dalam subjek Pendidikan Islam bagi mengelak salah faham dan manipulasi agama.


Ketua Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob berkata, ia susulan dakwaan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ibrahim sebagai sesat ekoran kenyataan beliau menyatakan bahawa pemuda kahfi yang dikisahkan dalam surah Al Kahfi mempunyai persamaan dalam Bible.


"Melalui ucapan Ustaz Azhar yang dimuat naik (Facebook),beliau menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesat kerana menyatakan bahawa pemuda kahfi yang dikisahkan dalam surah Al Kahfi mempunyai persamaan dalam Bible.


"…Ini adalah satu lagi bukti kepincangan dan juga salah faham terhadap nas Al Quran dan juga subjek perbandingan agama," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Nadhir Yop

Jelasnya, ucapan pemimpin nombor satu negara dalam program bulanan Jabatan Perdana Menteri pada 11 Disember itu menunjukkan beliau menguasai perbahasan dan diskusi perbandingan agama.

"Premis yang paling utama yang perlu difahami adalah kesemua agama samawi yakni agama wahyu adalah Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama wahyu, justeru itu memang terdapat persamaan di antara ketiga-tiga agama ini.


"Tuduhan Ustaz Azhar Idrus itu adalah satu tuduhan dangkal dan juga menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat.


"Keadaan akan lebih parah apabila sesetengah pihak akan mengapi-apikan sentimen agama melalui isu ini bagi meraih laba politik murahan," ujarnya lagi.


Oleh itu, katanya sudah sampai masanya pihak KPM memasukkan topik perbandingan agama bagi memberi kefahaman yang betul terutama kepada pelajar-pelajar Islam, sekali gus dapat melahirkan rasa hormat terhadap penganut agama lain.


"Ia juga dapat membantu mencapai visi Malaysia MADANI yang sangat menitik beratkan sikap hormat menghormati dan juga toleransi antara berbilang kaum dan agama di negara ini," jelasnya.


Dalam pada itu, Ahmad Nadhir turut yakin penerapan silibus dalam matapelajaran Pendidikan Islam itu dapat mengekang segala bentuk manipulasi agama dan fahaman ekstrim selain dapat menghapuskan gejala penunggang agama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page