top of page

Wujudkan sekretariat bencana luar negara kumpul sumbangan - Shamsul



Sekretariat bencana luar negara perlu ditubuhkan bagi memudahkan rakyat Malaysia menyalurkan bantuan ke mana mana negara yang dilanda bencana, sebagaimana terjadi kepada Turkiye dan Syiria ketika ini.


Ketua Biro Antarabangsa KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian selepas menyertai delegasi lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kawasan gempa bumi di Turkiye, kelmarin.


Menurut beliau, sekretariat tersebut penting dalam meningkatkan penyertaan rakyat Malaysia mengumpul bantuan keluar negara.


"Kerja kerja kemanusian perlu diteruskan dan kita minta supaya Kementerian Luar dengan Menteri Tugas Tugas Khas untuk selaraskan satu sekretariat bencana yang bersifat di luar negara untuk menyelaras pertolongan bantuan, bukan sekadar Turkiye dan Syiria tetapi sekiranya berlaku bencana di negeri lain.


"Sekretariat ini untuk meningkatkan partisipansi rakyat Malaysia (dalam menghulurkan sumbangan)," katanya.


Menurut Setiausaha Politik Kanan PM itu lagi, sekretariat seperti itu boleh meningkatkan nama negara dalam menguruskan bantuan serta menjulang konsep Ihsan dalam Malaysia Madani.


Beliau berkata, sekretariat mungkin boleh dinamakan 'Sekretariat Rahmah' atau sebagainya yang bercirikan khas Malaysia.


"(Sekretariat) untuk membangunkan prinsip Madani, kita perlu ada centre. Boleh namakan Sekretariat Rahmah atau sebagainya


"Pada waktu ini Kementerian Luar telah wujudkan tabung bencana. Itu boleh dijadikan tabung berterusan. (Waktu ini) pertolongan (sumbangan) dari rakyat (kewangan dan sebagainya) kita tidak tahu hendak melalui siapa," kata beliau lagi.


Kelmarin Datuk Seri Anwar melakukan lawatan solidariti delegasi Malaysia ke kawasan ditimpa bencana di di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye. Beliau dan delegasi kemudian bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.


Malaysia dalam misi bantuannya ke Turkiye menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (SMART, NADMA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kor Kesihatan DiRaja Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Juga antara NGO-NGO yang terlibat di bawah misi itu ialah MERCY Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page