top of page

Selepas kes Najib, pendidikan anti-rasuah perlu diperkenalkan - Shamsul


Pendidikan dan program anti-rasuah yang terperinci dan menyeluruh perlu diperkenal dan diwujudkan di peringkat sekolah lagi.


Dalam sesi perbahasan Titah Diraja, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pendidikan seumpama itu perlu diperkenalkan bagi membasmi gejala rasuah dan penyelewengan seperti apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, Najib Razak.


"Buat pertama kali dalam sejarah, seorang bekas perdana menteri dibicarakan dan dihukum penjara atas tuduhan rasuah, penyelewengan dan pengubahan wang haram.


"Yang di-Pertuan Agong sendiri mengangkat pelan anti-rasuah nasional, jadi kita perlu menangani rasuah paling besar yang membabitkan 1MDB.


"Sebab itu saya juga cadangkan kepada kerajaan supaya memulakan pendidikan anti-korupsi di peringkat anak-anak di sekolah serta melaksanakan program yang boleh dilakukan," katanya di Dewan Rakyat.


Shamsul juga menyeru kerajaan supaya tidak berhenti memburu Jho Low yang terlibat secara langsung dalam kes penyelewengan wang 1MDB.


"Perdana Menteri perlu ambil perhatian, sekarang ini bekas perdana menteri sudah kena, yang belum kena lagi Jho Low. Dia adalah dalang nombor satu, yang mengkhianati negara dengan merompak hasil kekayaan negara dan rakyat.


"Jangan biarkan dia bebas pergi Macao atau Hong Kong, mesti ada kewibawaan politik untuk mendakwa mereka yang terlibat," katanya.


Pada masa sama, Shamsul menggesa kerajaan supaya menggunakan penguatkuasaan yang ada menerusi Pusat Pencegahan Kewangan Nasional.


"Saya minta penegasan dari Perdana Menteri, bila Pakatan Harapan (PH) menang, perkara pertama kita wujudkan adalah Pusat Pencegahan Kewangan Nasional.


"Badan itu terdiri daripada SPRM, Suruhanjaya Sekuriti, dan Jabatan Imigresen, jangan berlengah lagi untuk bertindak.


"Saya takut bila ada pemulangan wang dari Goldman Sachs, kerajaan akan mengendurkan diri sedangkan sepatutnya tindakan perlu terus dilakukan," katanya.


Dalam pada itu, Shamsul turut mencadangkan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya pendidikan damai diperkenalkan bagi mengukuhkan perpaduan semua kaum di negara ini.


"Kebimbangan saya pada kerajaan PN yang dimegahkan sebagai kerajaan Melayu dan Islam adalah sama ada kerajaan akan beralih dari konsep majmuk dan kepelbagaian dalam negara.


"Dalam jata negara, tertera 'Bersekutu Bertambah Mutu' yang membawa maksud berpakat dan bergabung.


"Sejarah pembinaan negara sendiri menunjukkan bahawa Malaysia diasaskan oleh kepelbagaian kaum.


"Saya harap kerajaan boleh mengambil semangat Bersekutu Bertambah Mutu dengan memperkenalkan pendidikan damai bagi mendidik rakyat berkaitan kedamaian negara," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page