top of page

Wujudkan pelan afirmatif, masukkan masyarakat India ke arus perdana negara



Masyarakat India yang dilihat ketinggalan dari segi ekonomi dan pendidikan seharusnya disediakan satu pelan afirmatif untuk mengurangkan jurang kehidupan mereka berbanding kaum lain.


Hal itu dibangkitkan oleh Naib Presiden KEADILAN Saraswathy Kandasamy.


Katanya, masyarakat India tidak seharusnya terus menerima dana tertentu seperti Mitra dan sebagainya yang menjadikan mereka masyarakat mengharapkan bantuan.


"Hanya menyediakan skim pembiayaan seperti Mitra dan sebaginya menjadikan masyarakat India sebagai masyarakat kebajikan


"Yang penting adalah membawa masyarakat India, mewujudkan peluang dalam sistem urusan kerajaan dan juga arus utama kerajaan. Mereka juga akan menjadi sebahgian daripada sistem negara," katanya.


Menurut beliau, setelah lebih 60 tahun negara merdeka sudah tiba masanya masyarakat India berada dalam arus perdana perekonomian sebagaimana masyarakat Cina dan Melayu.


"Masyarakat India perlu diberi peluang bersaing dalam ekonomi. Mereka harus diberi satu pelan alternatif, tidak perlu kuota tetapi satu pelan afirmatif dari kerajaan untuk mewujudkan peluang peluang untuk masyarakat India mengambil bahagian dalam sistem ekonomi dan pentadbiran negara," katanya lagi.


Untuk rekod, daripada penyelidikan Pelan Tindakan Masyarakat India mendapati 695,030 orang India berada dalam kategori B40, iaitu 40% isi rumah terbawah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.


Manakala dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2019 menunjukkan kadar pengangguran 2017 bagi kaum India adalah paling tinggi, mencatat 4.7% berbanding dengan kaum Bumiputera 4.0% dan kaum Cina 2.4%.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page