top of page

Wujudkan latihan asas untuk sukarelawan misi bencana, banjir - Rusnah Aluai



Malapetaka banjir besar baru baru ini termasuk di Melaka memerlukan pihak kerajaan mewujudkan pasukan sukarelawan terlatih yang boleh membantu mangsa dengan segera.


Menurut Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) banyak terlibat dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir di Melaka baru baru ini.


Oleh itu, katanya para sukarelawan ini perlu diberi latihan asas untuk memudahkan proses memberi bantuan yang sesuai.


"Kita ada sukarelawan tetapi adakah mereka dapat latihan asas? Kalau di Melaka kita bukan pemerintah, macam saya YB kita ada dana sikit, kita boleh berjalan.


"Kita perlukan orang muda yang banyak tenaga. Tenaga penting walau tak ada duit. Janji ada kesungguhan untuk pergi, cuti kerja dan sebagainya.


"Bagi saya perlu ada agensi kerajaan yang menyelaraskan sukarelawan yang mahu membantu. Jangan pula halang orang nak hantar bantuan. Kita faham ada prosedur namun dalam keadaan tertentu perlu dilonggarkan. Kena tahu matlamatnya apa," kata beliau dalam forum pasca bencana banjir terbitan Studio Keadilan, malam tadi.


Dalam pada itu, Rusnah turut menegur pihak berwajib yang seolah olah lembab mengenai masalah banjir di kawasannya, Parlimen Tangga Batu.


Katanya, beliau telah banyak kali membawa masalah penduduk di kawasan berkenaan namun berakhir dengan jawapan belum ada kajian dilakukan berkenaan masalah banjir.


"Banjir kilat bukan perkara luar biasa, iaperkara biasa. 2 -3 kali berlaku dalam setahun.


"Jawapan diberi ialah belum ada kajian. Ini yang menyedihkan. Bila benda tidak diatasi, impak akan lagi teruk sebab masalah tidak dibetulkan.


"Kalau dalam jabatan kerajaan sibuk bercakap tentang ISO. ISO ini ada tindakan pencegahan dan pembetulan. Jadi negara kita ini banyak menggunakan tindakan pembetulan.


"Benda dah berlaku nak betulkan memang payah. Jadi perlu tindakan pencegahan. Kita belajar macam macam seperti pengurusan risiko, ini tindakan yang mesti kita buat dulu untuk mengelakkan bajir. Kalau perparitan diselenggara secara berkala maka kesan kepada penduduk boleh dikurangkan," katanya.


Selain itu, Rusnah menyarankan sekiranya berlaku banjir di masa hadapan pihak pihak yang ingin menghulurkan kit makanan agar memanfaatkan teknologi semasa dalam memprosesan makanan untuk diberi kepada mangsa terutama yang tidak berpindah ke pusat pemindahan.


"Biasanya orang beri kit makanan. Tetapi dalam banjir skala besar seperti di Seri Muda, Selangor kalau beri kit makanan kita kena tengok inovasi, kalau dalam askar mereka ada kit makanan yang bubuh air panas terus masak.


"Itu kalau ada air panas tetapi saya tengok di Shopee pun ada proses makanan disedia dalam air banjir, dia boleh masak. Benda (produk) itu perlu diperbanyakkan. Dalam banjir orang tak boleh masak," katanya.


Rusnah dalam forum itu turut mengucapkan penghargaan kepada NGO NGO yang membantu mangsa banjir di Melaka baru baru ini.


Tambah Rusnah, NGO amat membantu dengan tenaga kerja yang ramai. Biasanya pusat khidmat parlimen tidak mempunyai tenaga yang banyak namun memiliki peruntukan. Kerjasama dengan NGO amat diperlukan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page