top of page

Wujudkan Aktivis Pertanian Dan Ternakan



Oleh: Abang Zulkifli Abang Engkeh


ULASAN: Kerajaan Perpaduan sedang berhadapan cabaran besar pasca Covid 19. Berbagai masalah yang sedang dihadapi. Sama ada kerumitan berpunca daripada masalah sosial sehinggalah kepada masalah yang lebih menyuruh yang menyebabkan keadaan Ekonomi negara terjejas. Di samping itu, keadaan politik tidak menentu yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah menambahkan lagi bebanan pemerintah


Tidak semuanya boleh diselesaikan melalui kuatkuasa undang undang, tetapi tuntasnya dalam membendung untuk masa singkat, saya berpendapat pihak penguatkuasa harus bertindak pantas dan tegas. Kerana asas kerumitan ini berpunca disebabkan masalah sosial yang seolah-olah tidak terbendung.

Tafsiran umum merujuk masalah sosial banyak ditujukan hanya kepada para belia adalah tidak tepat. Masalah sosial merangkumi seluruh perbuatan manusia yang menimbulkan masalah dalam masyarakat dan negara.


Rasuah, penyebar fitnah masalah sosial


Pengamal rasuah dan penyebar fitnah adalah cabang masalah sosial yang sangat merumitkan. Justeru pihak penguatkuasa melalui undang undang yang ada harus lebih tegas mengambil tindakan kepada setiap pelaku dengan tidak memilih siapa yang melakukannya.

Abang Zulkifli Abang Engkeh

Selain dari masalah rasuah dan fitnah secara terangan, negara juga sedang berhadapan dengan masalah dadah yang tidak pernah reda, masalah judi atas talian, masalah pengangguran dan masalah penyalahgunaan media sosial.


Keadaan yang mendesak ini sangat memerlukan penguatkuasaan undang-undang. Maknanya, pihak polis dan lain lain-lain yang telah diberi kuasa mesti bertindak dengan lebih bertanggungjawab dan beramanah. Rakyat sangat mengharap melalui peralihan dan pertukaran kepimpinan baru dalam agensi- agensi penguatkuasa mampu melakukan reformasi bagi melakarkan perubahan yang lebih baik dalam negara.


Kurang semangat bekerja sebagai petani


Sepekara lagi yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan ialah "kemuraman semangat" sebahagian rakyat untuk bekerja sebagai petani. Ini sangat ketara berlaku di kampung-kampung. Para belia lepasan sekolah lebih suka ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan yang akhirnya, ramai juga yang kecewa dan ada sebilangan mereka terheret kepada masalah sosial.


Tidak seperti pada dekad lalu yang mana generasi terdahulu tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak Kerajaan untuk meneruskan kehidupan. Mereka bersemangat kental membanting tulang bertani dan menangkap ikan untuk menyara keluarga dan tidak boleh dinafikan, ramai juga yang berjaya menghantar anak-anak mereka belajar sampai ke menara gading dan berjaya dalam hidup.


Untuk menangani masalah kemuraman semangat ini, adalah dicadangkan supaya wakil-wakil rakyat dan pemimpin setempat mewujudkan satu "taskforce" untuk mengubahnya.


Lahirkan aktivis pertanian, ternakan


Melahirkan "Aktivis Pertanian dan Ternakan" adalah satu pendekatan yang difikirkan boleh membantu. Lazim kalau di kampung-kampung kita hanya melihat aktivis masyarakat, hanya menumpukan kegiatan kepada beberapa bidang, misalnya kegiatan sukan, kumpulan hadrah, zikir dan sebagainya. Dengan harapan, melalui penglibatan tersebut boleh menghindar mereka daripada terlibat dengan kegiatan anti sosial di samping mengekalkan budaya setempat.


Manakala "Taskforce" yang dicadangkan ini ialah untuk menggerakkan masyarakat kepada meminati aktiviti pertanian dan ternakan. Mereka akan berindak mimikir, mencadang dan melaksana aktiviti hanya menjurus kegiatan yang menggalakkan minat dan kemahiran masyarakat kepada jurusan pertanian dan ternakan.


Sudah pasti dalam jangka panjang mereka boleh membantu Kerajaan melahirkan para petani dan penternak di peringkat tempatan dan sekaligus membantu Kerajaan menangani isu keterjaminan makanan kepada negara.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Pimpinan Parti KEADILAN Sarawak dan Ketua Biro Pertanian Parti KEADILAN Sarawak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page