WSSF 2025: Solidariti Palestin bergema di persada antarabangsa
- Suara Keadilan

- Sep 30
- 1 min read

Isu Palestin sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) membangkitkannya di pentas Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial (WSSF) 2025, yang berlangsung di Malaysia buat pertama kali di Asia Tenggara.
Persidangan yang menghimpunkan lebih 2,000 peserta dari 130 negara itu menjadi saksi kepada ucapan PMX yang menyentuh bukan sahaja soal keselamatan sosial, tetapi juga keberanian rakyat Palestin menentang kezaliman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan yang turut hadir berkata, isu Palestin berjaya mengetengahkan mesej jelas solidariti Malaysia di pentas dunia.
"Paling menarik perhatian saya ialah PMX membangkitkan isu Palestin kepada semua hadirin.
"Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, PMX turut menyentuh usaha Global Sumud Flotilla ke Gaza yang disertai aktivis Malaysia melalui Sumud Nusantara. Ucapan itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan hadirin dari seluruh dunia," katanya.
Beliau menyifatkan keberanian Malaysia membawa suara Palestin di pentas antarabangsa sebagai satu titik tolak penting dalam menzahirkan keprihatinan sejagat terhadap isu kemanusiaan.









Comments