WSIS+20: Malaysia pelopori garis panduan ASEAN untuk media sosial selamat
- Suara Keadilan

- Jul 11
- 1 min read

Syarikat teknologi gergasi tidak boleh mengatasi undang-undang mana-mana negara, tegas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Berucap pada sesi panel Sidang Kemuncak Dunia mengenai Acara Peringkat Tinggi Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20) di Geneva beliau menegaskan, setiap negara berdaulat mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi, termasuk oleh syarikat teknologi besar.
"Terdapat peraturan yang ditetapkan untuk keselamatan dan syarikat ini perlu akur dengan undang-undang," katanya dipetik.
Fahmi sementara itu turut menekankan Malaysia memainkan peranan utama dalam merangka Garis Panduan ASEAN mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab.
Garis panduan itu menyediakan prinsip bersama dan amalan terbaik untuk kerajaan, platform media sosial, serta pengguna dalam mengurus kandungan berbahaya tanpa menjejaskan kebebasan bersuara.
"Inisiatif ini juga bertujuan memperkukuh kerjasama antara sektor maklumat ASEAN dengan platform digital bagi memastikan kesejahteraan siber di rantau ini.
"Dengan cara itu, kami berharap dapat memiliki suara yang lebih besar dan lebih kuat," katanya lagi.









Comments