top of page

Wisma Putra arah rakyat Malaysia tinggalkan Iran serta merta

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 18
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) mengeluarkan arahan supaya rakyat Malaysia di Iran segera meninggalkan negara tersebut serta merta melalui apa juga kaedah selamat.


Menurut satu kenyataan pada Selasa, Wisma Putra menjelaskan, arahan itu susulan keadaan konflik Iran-Israel yang semakin meruncing


"Situasi semasa sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal. Keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kementerian ini," kata kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.


Menerusi kenyataan serupa Wisma Putra memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Teheran sedang memantau rapi perkembangan keselamatan di negara tersebut.


Kementerian juga telah mengaktifkan bilik gerakan berkuat kuasa Selasa sebagai langkah berjaga-jaga.


Ahli keluarga terdekat kepada rakyat Malaysia yang berada di Iran, kata kenyataan itu, boleh menghubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut di +603 8887 4570 atau emel dutyofficer@kln.gov.my.


Sekiranya berlaku kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran beralamat No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau +98 21 8807 2444, +98 21 8807 8606 dan +98 933 535 2602.


Mengulas mengenai situasi semasa rakyat Malaysia di Iran, Kementerian Luar memaklumkan pihak kedutaan di Tehran berhubung rapat dengan semua rakyat Malaysia yang berdaftar.


"Kesemua mereka disahkan selamat. Kedutaan Besar Malaysia akan terus menyediakan bantuan konsular yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka dari Tehran," tambahnya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page