top of page

Winter Solstice ‘Prelude’ Sambutan Tahun Baharu 2024



Oleh: Andre Lai Chen Heng


ULASAN: Winter Solstice, diikuti dengan Hari Natal dan Tahun Baru, merupakan masa yang paling sesuai untuk kita merenung kembali perkara yang berlaku sepanjang tahun 2023.


Tahun 2023 merupakan tahun penubuhan Malaysia MADANI. Genap setahun Kerajaan Perpaduan bertapak di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semangat Malaysia MADANI membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.


Ini adalah saat untuk kita semua berkumpul, meraikan dan bermuhasabah pada diri dan ia juga masa untuk kita menyambut tahun baharu bersama-sama dengan iltizam dan tekad yang membara menjelang 1 Januari 2024.


Tahun Baharu Cina bakal tiba


Winter Solstice adalah simbolik perayaan yang mengingatkan kita bahawa Tahun Baharu Cina bakal tiba. Hari inilah merupakan Tahun Baharu sebenarnya, setiap orang Cina dipercayai akan bertambah satu tahun lebih tua, lebih tepat lagi pada 21 atau 22 Disember setiap tahun.


Pengisian sambutan termasuk juadah ‘tang yuen’, sejenis manisan berbentuk bola dengan inti yang manis yang melambangkan kesempurnaan (seperti dalam bentuk bebola manisan yang bulat sempurna) yang membawa kegembiraan dalam rasa kemanisan dalam intipati juadah.


Secara tidak langsung, ia melambangkan perpaduan untuk mewujudkan keharmonian yang lebih padu dan makmur.


Rakyat Malaysia berkongsi kegemilangan budaya


Slogan ‘KEADILAN Untuk Semua’ merapatkan hubungan antara komuniti tidak kira latar belakang atau bangsa dan ia wajar diperkasa bersama kerangka Malaysia MADANI.


Seperti yang kita rasakan sebagai sebuah negara, kita adalah satu keluarga besar, berkongsi kegemilangan dan cabaran Malaysia MADANI dalam saat-saat yang menuntut daya pemikiran dan pelaksanaan semua..


Pada saat yang penting ini, marilah kita mengimbas kembali perjalanan sepanjang tahun lalu, bersyukur dengan apa yang telah kita capai, dan juga meneliti cabaran yang kita hadapi, dan menghadapi tahun baharu dengan keazaman yang lebih kuat.


Mantapkan jenama Malaysia Madani


Winter Solstice meskipun perayaan Masyarakat Cina, tetapi ia juga satu hari yang boleh kita jadikan untuk merenung kembali 2023 dengan harapan untuk membentuk 2024 yang lebih baik.


Dalam masa seminggu lebih melangkaui satu tahun baharu, mari kita jadikan hari ini sebagai permulaan tahun 2024 tahun pemantapan jenama Malaysia MADANI.


2024 kita terus laksanakan agenda memperkasa rakyat dan menambah baik kerangka Malaysia MADANI untuk kesejahteraan dan kemakmuran buat semua.


______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Ahli Lembaga Penasihat DBKL dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page