top of page

Wilayah Persekutuan terus maju, makmur di bawah Kerajaan Perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Beberapa Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan menzahirkan ucapan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 dengan harapan agar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan terus berkembang sebagai wilayah yang maju, makmur dan sejahtera.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menyifatkan Wilayah Persekutuan sebagai kebanggaan bersama rakyat Malaysia.


"Wilayah Persekutuan kita, kebanggaan bersama, semoga Wilayah Persekutuan terus maju, makmur dan sejahtera," katanya dalam muat naik di media sosial sempena sambutan tersebut, hari ini.


Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok turut merakamkan ucapan kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan.


"Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2026 kepada semua warga Wilayah Persekutuan," ujarnya.


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan pula menzahirkan ucapan selamat menyambut hari bersejarah itu kepada masyarakat setempat.


"Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan," katanya.


Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari setiap tahun memperingati pembentukan Wilayah Persekutuan sejak 1974 dan menjadi simbol perpaduan serta kemajuan ibu negara dan wilayah-wilayah di bawah pentadbiran Persekutuan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page