top of page

Wilayah Persekutuan rancang pelan tindakan khas untuk warga emas



Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) perlu bersiap sedia dengan jangkaan Malaysia akan memasuki fasa negara menua menjelang 2030.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya merancang membangunkan pelan tindakan khas bagi warga emas berikutan peningkatan golongan itu bagi memastikan mereka dapat menikmati kualiti hidup lebih baik dan berkualiti dari segi ekonomi dan sosial


"Kami perlu bersedia dengan fasa itu (negara menua) dengan merangka pelan tindakan untuk warga emas yang inklusif dalam mendepani cabaran itu.


"Di Kuala Lumpur, jumlah individu berusia 60 tahun ke atas adalah sebanyak 9.18 peratus, manakala Labuan 8.17 peratus dan Putrajaya 3.57 peratus," katanya dipetik.


Dr Zaliha sebelumnya hadir ke sesi temu rapat bersama Persatuan, Wakil Masyarakat dan Organisasi Berkaitan Warga Emas Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat yang turut disertai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.


"Justeru itu, kami mengadakan sesi rapat ini sebagai platform bagi mendapatkan input dan maklumat berkaitan keperluan serta cabaran dihadapi golongan warga emas.


"Ini juga termasuk pembabitan aktif daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam persatuan dan organisasi bagi memahami harapan serta hasrat golongan terbabit," katanya.


Pada sesi tersebut beberapa isu dihadapi warga emas di Wilayah Persekutuan telah dibincangkan antaranya berkaitan perkhidmatan kesihatan, bantuan kewangan dan perumahan yang selamat.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page