top of page

'Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni' pelbagai perancangan semarak warga KL 2024



Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada hari ini bukan sahaja mahu mengingatkan warganya mengenai sejarah 50 tahun lampau apabila Kerajaan Persekutuan mengambil alih kawasan Kuala Lumpur daripada pentadbiran negeri Selangor dengan mewujudkan status pentadbiran khas.


Bagi Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai Cheng Heng, tarikh 1 Februari tahun ini seharusnya diperhatikan oleh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai titik penting untuk membawa pembangunan yang lebih cemerlang menuju era Teknologi Maklumat, Revolusi Industri 4.0 dan Kecedasan Buatan di seluruh kawasan wilayah.


"Tema sambutan tahun ini ialah "Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni". Tema ini mencerminkan visi dan aspirasi Malaysia Madani untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai model kecemerlangan, inovasi dan keharmonian untuk seluruh negara dan dunia.


"Wilayah Persekutuan telah mencapai banyak kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang, seperti ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pelancongan, sukan dan kebajikan sosial," kata Andre Lai dalam kenyataan.



Tambah beliau, istimewa bagi Kuala Lumpur pada tahun 2024 ini akan menjadi tahun penentuan bagi Kuala Lumpur yang telah melancarkan agenda pembaharuan seperti Pelan Struktur Tempatan Kuala Lumpur 2040 dan implementasi ’Social Impact Assesment’, untuk memastikan pembangunan yang lebih mampan dan lestari.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur katanya, telah memupuk budaya penglibatan sivik, kerjasama, dan keterangkuman melalui platform seperti Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan Sistem Pengurusan Aduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


"Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur, diberkati dengan agenda pembaharuan oleh pemimpin berkaliber seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman.


"Saya mengenali kedua-dua mereka sebagai pemimpin yang amat rajin dan berdedikasi untuk mendukung aspirasi Malaysia Madani.


"Khususnya Datuk Kamarulzaman, yang menjadi kenalan semenjak beliau berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL.


"Semenjak perlantikan sebagai Datuk Bandar, Kuala Lumpur telah ditadbir dengan profesional, cekap dan berinovasi. Sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah menjadi saksi keberkesanan pentadbiran DBKL," ujarnya.


Kata Andre Lai, menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak inisiatif telah dilancar seperti projek Lestari Niaga dan Residensi Madani demi memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai bandar yang boleh didiami, mampan dan berdaya saing.


Begitu juga sepanjang bulan Februari ini, terdapat banyak program dirancang untuk sambutan ulang tahun ke 50 penubuhan Wilayah Persekutuan.


"Demi menyantuni masyarakat Cina dalam perayaan Tahun Baharu Cina pada Februari pula, DBKL akan mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina dan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya untuk KL Prosperity Walk pada hari Chap Goh Meh 24 Februari nanti.


"Marilah kita terus berganding bahu untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat kemajuan dan kemakmuran, tempat keharmonian dan kebahagiaan, tempat kebanggaan dan kegemilangan. 2024, akan menjadi tahun penentuan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page