top of page

Wilayah Ekonomi Pantai Timur catat pelaburan direalisasi RM6.4 bilion

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 1
  • 1 min read

DS Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Foto: FB Anwar
DS Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Foto: FB Anwar

Oleh: Helmi Mohd Foad


Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM6.4 billion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata nilai pelaburan komited pula telah mencecah RM10.4 bilion dalam tempoh sama sekali gus melepasi sasaran RM10 bilion yang ditetapkan bagi tahun ini selain menjana lebih 2,800 peluang pekerjaan baharu.


"Perencanaan kerajaan terutamanya melalui Pelan Pembangunan ECER antara lain akan menyaksikan sebanyak lapan buah projek strategik dan berimpak tinggi yang dijadualkan akan siap pada tahun ini," kata beliau dalam hantaran di Facebook selepas mempengerusikan ECERDC di Putrajaya semalam.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ECERDC pada masa ini meneliti kemajuan semasa petunjuk utama koridor ekonomi itu selain membincangkan kerangka hala tuju pembangunan ECER di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang sedang giat disediakan kerajaan.


"Saya telah tekankan keperluan meletakkan kepentingan jangka panjang negara dalam usaha menarik pelabur, termasuklah kepentingan peratusan elemen peralihan teknologi dan kemahiran dalam setiap pelaburan masuk yang diluluskan.


"ECERDC perlu meneruskan momentum ini melalui proses fasilitasi yang efisien dan proaktif yang akan mengukuhkan kedudukan Wilayah Pantai Timur sebagai destinasi pelaburan kompetitif di peringkat nasional dan antarabangsa," kata beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page