Whistleblower disaman: Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda?



Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 diwujudkan bagi melindungi pemberi maklumat atau whistleblower yang mendedahkan kecurangan dalam sesuatu organisasi.


Bagaimanapun kelemahan akta berkenaan, menurut pengamal undang undang, terhad melindungi whistleblower yang tidak mendedahkan identiti, sesiapa yang telah terdedah tidak lagi dilindungi.


Hal berkenaan menimpa pemberi maklumat dalam kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang disaman RM10 juta kerana mendedahkan maklumat kepada media sosial.


Bagi aktivis politik Selangor, Danish Hairudin, kelemahan akta berkenaan, sekiranya terbukti, perlu diperbaiki kerana ianya diwujudkan bagi melindungi whistleblower dan menggalakkan pendedahan kecurangan terutama melibatkan penjawat awam.


Katanya, dalam hal ini kerajaan harus mencari kaedah agar pendedah maklumat dilindungi sepenuhnya dengan apa cara sekali pun.


"Pada Jun 2010, Parlimen meluluskan undang-undang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 atau ringkasnya Akta 711 dan pemakaiannya berkuatkuasa pada 15 Disember 2010.


"Niat Parlimen adalah untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dalam bentuk kerahsiaan, kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah serta perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan diambil.


"Undang-undang perlindungan pemberi maklumat meliputi mana-mana orang awam, anggota sektor awam dan swasta yang membuat pendedahan.


"Antara pendedahan yang digalakkan berkaitan penyalahgunaan kuasa, pelanggaran undang-undang, etika standard, aktiviti yang membawa bahaya kepada kesihatan atau keselamatan awam serta pembaziran yang serius dan salah urus," katanya.


Menurut Setiausaha Politik ADUN Selangor itu lagi, akta tersebut terpakai kepada semua agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi lain yang mempunyai kuasa penyiasatan serta penguatkuasaan.


"Akta 711 membolehkan orang ramai untuk tidak khuatir atau teragak agak menyalurkan maklumat masalah salah laku seperti rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pegawai agensi penguatkuasaan, sekali gus memastikan hak serta kepentingan awam dijaga.


"Namun hari ini jelas terbukti, pemberi maklumat ditekan dan individu yang berdepan dengan tuduhan integriti masih kekal berada di kerusi empuk," katanya lagi.


Semalam, Azam baki memfailkan saman fitnah bernilai RM10 juta terhadap Lalitha Kunaratnam berhubung dakwaan pembelian saham yang didedahkan oleh Lalitha sebelum itu.


Sehubungan itu, banyak pihak yang membincangkan pro dan kontra Akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2010, juga keperluan untuk kerajaan memindanya bagi menyempurnakan maksud dan tujuan asal akta tersebut diwujudkan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER