top of page

Wei Kiat, Manivanan menang pemilihan semula peringkat cabang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 1
  • 1 min read

ree

Pemilihan semua KEADILAN peringkat cabang yang diadakan hari ini menyaksikan calon handalan Setiausaha Politik Pejabat Presiden KEADILAN, Manivanan Gowin dan Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat menang di Cabang Jempol, Negeri Sembilan dan Selayang, Selangor.


Wei Kiat mengalahkan pencabar Wan Ibnul Bahar Wan Ismail di Selayang manakala Manivanan mengalahkan Muhammad Asri Abdullah dan Mariappan Kattaiyan di Jempol.


Keputusan di Cabang Pasir Salak, Perak pula menyaksikan Hisamuddin Ali menang ketua cabang mengalahkan Mohamad Maharani Md Tasi.


Sementara di Silam, Sabah, Romansa Lamin menang ketua cabang mengalahkan Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin dan Rubiah Onga. Ketua Angkatan Muda Keadilan pula, Muhammad Firdaus Charlie menang ke atas Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin.


Di Besut Terengganu, bagi jawatan Ketua Wanita Cabang, Wan Azizah Wan Abas menang ke atas Wan Maziah Hussain.


Manakala Cabang Semporna, Sabah mengadakan pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Cabang.


Setakat ini Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak mengeluarkan senarai lain untuk diadakan pengundian semula biarpun bantahan masih dibuka dan diteliti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page