top of page

'Wayang' berlebihan Sanusi bakal susahkan PN di Kedah?




Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor mungkin dilihat MB pembangkang paling popular namun sikapnya yang didakwa terlalu berdrama atau main wayang itu, serta sering melemparkan tuduhan kepada pemimpin Kerajaan Persekutuan dijangka bakal menyukarkan PN yang memerintah Kedah.


Menurut Naib Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Armisah Abd Garan, sikap Sanusi tersebut amat jelas hanya menguntungkan laskar siber PN, tetapi bukan rakyat Kedah yang memerlukan kerjasama baik Persekutuan dan negeri.


"Saya berpandangan drama yang beliau cuba mainkan sekadar menjadi bahan 'konten TikTok' untuk kegunaan pejuang maya mereka. Malah boleh dilihat kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini hanyalah sindiran tanpa isi dan fakta.


"Sebelum ini MB Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata Perlis tidak pernah berasa dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan meskipun pentadbiran negeri itu diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).


"Malah menurutnya tidak timbul isu negeri itu keciciran mahu pun dipinggirkan daripada limpahan peruntukan Kerajaan Perpaduan diketuai Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim malah terdapat pertambahan peruntukan kepada negeri berkenaan.


"Semalam pula, MB Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri menyambut serta mengiringi PM sepanjang program beliau di Terengganu. Dalam ciapan di laman rasmi Facebooknya beliau berkata hubungan kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan semakin erat," kata Armisah dalam satu kenyataan.


Tidak terkecuali kata beliau, negeri Kelantan yang sejak 3 dekad lalu sebagai pembangkang baru baru ini MBnya diterima mesra menemui PM Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat rasmi di Putrajaya.


Lebih buruk, kata Armisah, dakwaan terbaharu kononnya Sanusi cuba disingkir daripada menjadi wakil negeri dalam Majlis Kewangan Negara hanya akan merosakkan hubungan MB itu dengan Sultan Kedah.


"Sanusi hari ini mendakwa beliau akan digugurkan daripada Majlis Kewangan Negara walaupun mengikut Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan hanya Sultan Kedah boleh menggugurkan beliau.


"Tuduhan itu seolah merendahkan kreadibiliti dan martabat Sultan Kedah, malah lebih teruk beliau tidak mampu menunjukkan bukti bahawa darinya cuba disingkirkan melainkan hanya tuduhan tanpa asas. Tindakan itu jelas memperlekeh kuasa Sultan dan Raja dalam membuat keputusan," ujarnya.


Justeru itu, nasihat Armisah, rakyat Kedah yang akan mengundi untuk memilih Kerajaan Negeri dalam pilihanraya bulan Julai ini seharusnya berfikir lebih matang selepas menyaksikan drama demi drama yang dibuat Sanusi.


Seharusnya, kata pemimpin Srikandi itu, anak muda yang menjadi tulang belakang sokongan kepada PN dalam Pilihan Raya Umum lalu mengubah undi kepada Kerajaan Perpaduan demi menjamin masa hadapan yang lebih baik buat mereka.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page