top of page

Wartawan profesional wujudkan media bebas, adil - Anwar

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
May 29, 2022
1 min read


Wartawan yang mengutamakan profesionalisme dan bersikap bebas dalam pelaporan berita mampu membawa perubahan serta memperbaiki situasi sosio-ekonomi negara.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sempena Hari Wartawan Nasional yang jatuh pada hari ini.


Justeru, beliau berdoa semoga kualiti pemberitaan di Malaysia akan meningkat dari semasa ke semasa.


"Selamat Hari Wartawan Nasional kepada seluruh pengamal media yang beretika dan bertanggungjawab.


"Peranan mereka ini amat kritikal dalam menjana satu sistem yang adil, demokratik dan saksama.


"Justeru, saya salut peranan wartawan selama ini dan mendoakan mudah-mudahan mereka dapat membawa perubahan dengan media yang bebas dan adil," katanya.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page