top of page

Wartakan semula hutan simpan bukti kerajaan PH hargai peranan rakyat



Keputusan untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) membuktikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor mengiktiraf peranan rakyat dalam urusan pentadbiran.


Pengerusi Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) Dewan Negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata, hal itu dapat dilihat dengan keputusan muktamad membatalkan projek di HSKLU yang dibantah rakyat dalam seminggu ini.


"Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari dan Exco Kerajaan Negeri Selangor kerana telah memutuskan untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara


"Ini menunjukkan kesediaan dan keberanian Kerajaan Negeri Selangor mendengar suara pemimpin, NGO alam sekitar, wakil rakyat dan rakyat prihatin dan cinta alam sekitar. Keprihatinan dan nasihat KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Pakatan Harapan Selangor turut dialu-alukan.


"Keputusan untuk menambah lagi 1,436 ekar kepada inventori Hutan Simpan negeri Selangor dan memberi tanah kepada Orang Asli Busut Baru juga disambut baik. Keberanian dan kepimpinan yang ditunjukkan dalam semua keputusan oleh Datuk Seri Amirudin Shari mesti dipuji," katanya.


Menurut Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan itu lagi, keputusan tersebut seharusnya menyedarkan rakyat Malaysia mengenai politik baharu yang membenarkan mereka terlibat dalam membuat keputusan bersama dalam hal-hal melibatkan isu-isu masa hadapan khazanah alam dan penduduk di sekitarnya.


"Hari ini menunjukkan Malaysia maju ke depan demi kebaikan semua. Demokrasi partisipatif dalam penglibatan dan proses membuat sesuatu keputusan demi rakyat harus digalakkan dan diwajibkan.


"Di Selangor, kita bernasib baik kerana terdapat proses pendengaran awam yang wajib untuk mana-mana hutan simpan yang bakal dinyahwartkan.


"Saya berharap peruntukan ini akan dimasukkan dalam Akta Perhutanan Negara 1984 untuk melindungi hutan simpan di seluruh negara yang semakin terjejas kerana kegiatan dan aktiviti ekonomi," katanya lagi.


Elizabeth dalam sidang Dewan Negeri Selangor minggu lalu membantah keras penyahwartaan HSKLU yang menurut beliau akan merugikan kepelbagaian biodiversiti negeri Selangor pada masa hadapan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page