Warta semula hutan simpan: Bukti kerajaan Selangor peka tuntutan rakyat



Keputusan Menteri Besar Selangor untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) membuktikan Kerajaan Negeri peka kepada saranan dan tuntutan rakyat.


Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar berkata, beliau menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam dalam mememutuskan tiga perkara pro rakyat berhubung isu HSKLU.


"104 ekar daripada jumlah keseluruhan 1,326 ekar HSKLU kekal dinyahwarta akan melengkapkan pemberimilikan tanah kepada Kampung Orang Asli Busut Baru yang telah dipindahkan dari penempatan asal mereka pada 1994 untuk tujuan pembinaan KLIA. Ini menunjukkan iltizam Kerajaan Negeri membantu menyelesaikan isu yang tertangguh sejak tahun 2006.


"Keputusan mempertimbangkan sebahagian kecil lagi kawasan kekal nyahwarta untuk tujuan pertimbangan jajaran East Coast Rail Link (ECRL) bakal memberi lebih banyak faedah kepada rakyat di sepanjang jajaran rel berkenaan.


"Manakala tindakan menghentikan cadangan pelan pembangunan ke atas kawasan tersebut serta membatalkan pemberimilikan tanah itu kepada syarikat terbabit adalah satu langkah yang tepat dan membuktikan Kerajaan Negeri sangat peka dengan tuntutan dan mendengar suara rakyat.


"Pada masa yang sama, kawasan gantian yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal seluas 1,436 ekar di Sungai Panjang, Ampang Pechah dan Bukit Broga akan kekal statusnya sebagai Hutan Simpan Kekal. Ini adalah komitmen Kerajaan Negeri demi kelestarian alam sekitar," katanya.


Halimey yang juga Ahli Dewan Negeri Seri Setia turut berpuas hati dengan prosedur penyahwartaan sebelum ini yang telah mengikuti segala prosedur dan tatacara dinyatakan mengikut lunas undang-undang.


"Namun sebagai sebuah kerajaan yang berteras prinsip akauntabiliti, Sidang Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang bakal diadakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah satu langkah yang sangat tepat bagi menjawab sebarang isu-isu yang dibangkitkan terkait penyahwartaan sebelum ini," katanya lagi.


Penyahwartaan HSKLU yang dilakukan pada Mei lalu menimbulkan pelbagai kritikan sebelum ini dari persatuan pencinta alam sekitar, orang awam dan malah pimpinan KEADILAN sendiri.


Keputusan yang dibuat semalam dinanti-nantikan oleh semua pihak yang mahu melihat khazanah alam sekitar Selangor dipulihara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER