top of page

Warisan, UMNO terima cadangan bentuk Kerajaan Perpaduan



Krisis politik Sabah menunjukkan tanda tanda akan reda apabila pemimpin Warisan dan UMNO dilaporkan sedia menerima cadangan dikemukakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk bagi mentadbir negeri itu.


Menurut Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, terdapat keperluan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memutuskan Kerajaan Perpaduan peringkat negeri yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.


"Selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2023, saya dan Ahli ahli Dewan Undangan Negeri Parti Warisan menyokong saranan beliau bagi pembentukan sebuah kerajaan perpaduan untuk mentadbir negeri Sabah," katanya.


Sebelum itu, Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan sokongannya terhadap cadangan Anwar dan berkata Kerajaan Perpaduan merupakan formula yang mampu menstabilkan politik Sabah.


Berkenaan ketidakhadiran beberapa ADUN UMNO dalam sidang DUN Sabah hari ini beliau berkata, kebanyakan ADUN Umno tidak dapat menghadiri sidang DUN kerana mereka terpaksa ke Kuala Lumpur menghadiri perhimpunan agung parti


Dalam lawatan mengejut ke Sabah malam tadi dan pertemuan dengan beberapa pimpinan parti utama, Anwar merestui Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor kekal memegang jawatan Ketua Menteri.


Hal itu dipersetujui selepas Anwar mengadakan perbincangan dengan pemimpin UMNO-BN Sabah, Warisan dan Hajiji susulan tindakan ADUN UMNO Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page