top of page

Warisan sokong PH dan BN sebagai kerajaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 22, 2022
  • 1 min read


Menjelang Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri ke 10, Parti Warisan Sabah menyatakan pendirian menyokong Pakatan Harapan (PH) dan BN sebagai Kerajaan Persekutuan.


Menurut Presdien Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, partinya memberi sokongan kepada PN dan BN yang boleh melepasi 112 kerusi berdasarkan bilangan Ahli Parlimen masing masing untuk membentuk kerajaan.


"Warisan memberi sokongan kepada PH dan BN kerana keduanya ada kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan dan rakyat telah mengundi untuk PH dan BN


"Oleh itu PH dan BN perlu diberi kesempatan untuk menubuhkan kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sokongan tersebut juga diberi agar PH dan BN akan melaksanakan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963


Warisan turut berharap PH bersama BN akan memastikan kerajaan yang stabil untuk semua kaum dan pihak di Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page