top of page

Warganet puji Anwar kerja pada cuti umum




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila tetap bekerja ketika sebahagian besar rakyat Malaysia bercuti sempena sambutan Tahun Baharu 2023 pada Isnin.


Perdana Menteri melalui hantaran di laman sosial Facebooknya berkongsi gambar di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dilihat sedang menyemak beberapa dokumen dan surat.


"Di pejabat hari ini selesaikan urusan surat menyurat serta menyertai beberapa mesyuarat penting," katanya.


Perkongsian itu mendapat lebih 39 respon dan lebih 3,000 komen. Ia turut dikongsikan sebanyak 432 kali.


"PM10 komited cuba menyelesaikan cabaran membantu rakyat terbanyak. Semoga dipermudahkan segala urusan. InshaAllah. Jom Amin ramai2," tulis Shamsurizam Norsham di ruangan komen.


Tidak kurang sedikit warganet yang memuji ketekunan Anwar bekerja tanpa mengira masa, malah ramai turut mendoakan kesejahteraan buat pemimpin utama negara itu.


"Jaga diri anda Perdana Menteri yang kami kasihi.


"Kami memerlukan anda untuk bersama kami untuk jangka masa yang lama. Jangan terlalu menekan diri.


"Luangkan masa untuk berehat juga.. Kami semua sangat sayangkan anda," tulis Shikin Zakaria Mat Juhan.


Untuk rekod, kehadiran Anwar ke pejabat pada cuti umum bukanlah satu perkara baharu apabila pernah bertugas ketika cuti umum sebaik sahaja memulakan tugas sebagai Perdana Menteri.


Malah dalam jadual kerja yang sangat padat, beliau sering mencari masa untuk turun ke lapangan.


Warganet menyedari perkara itu apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun melawat kawasan bencana runtuhan tanah di Batang Kali, Selangor pada malam 16 Disember lalu.


Beliau memakai baju melayu sama dipakainya pada majlis menandatangani dokumen Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan dan ketika meraikan kunjungan Syekh Jamal Farouk Jibreel dari Universiti Al Azhar Mesir ke Seri Perdana pada sebelah petangnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page